Artikel Pilihan

CUMMINS AKAN HASILKAN ENJIN 1000 KUASA KUDA DENGAN ENJIN 4 SILINDER, KHAS UNTUK TENTERA

Jika anda masih ingat, Cummin merupakan satu firma kejuruteraan dan pembuatan enjin yang menghasilkan enjin bagi trak pikap RAM menggunakan enjin 6 silinder sebaris dikenali sebagai 6BT. Tapi tahukah anda Cummin juga adalah syarikat pembekal peralatan ketenteraan khususnya enjin bagi jentera perang seperti kereta perisai dan kereta kebal

Melalui satu lagi cabang perniagaan dikenali sebagai Cummins Advanced Combat Engine, enjin baru yang akan dibekalkan oleh Cummins kepada pihak tentera nanti berupaya menjana sehingga 1000 kuasa kuda, dengan hanya 4 silinder tapi dipasang dengan 8 piston

Dengan teknologi opposed piston, setiap silinder akan dipasang dengan 2 piston secara bertentangan bagi menghasilkan enjin bersesaran 14,300cc dengan hanya 4 silinder sahaja.

Sejarah Cummins dengan pihak tentera sudah bermula lama dengan Cummin bertindak sebagai pembekal enjin V8 14,800cc yang dipanggil sebagai enjin V903. Enjin ini dipasang pada kereta perisai Bradley dan juga dipasang pada kereta kebal M109A7 Howitzer dengan keupayaan menjana sehingga 750 kuasa kuda

Enjin opposed piston rekaan Cummin ini didakwa lebih efisyen, kerana kehilangan haba hasil pembakaran bahan api di dalam silinder tidak hilang dalam kepala silinder. Sebaliknya haba tadi digunakan untuk menggerakkan piston yang kedua pada arah bertentangan

Namun enjin opposed piston ini juga ada kelemahan tersendiri seperti ia perlu menggunakan 2 aci engkol yang perlu bersambung pada satu aci kuasa atau power shaft yang menjadikan rekaan ini rumit. Enjin ini juga perlu direka dengan 2 set injap kemasukan dan injap ekzos

Untuk memastikan lebih banyak kuasa dapat diekstrak, enjin ini juga direka supaya boleh bekerja dengan sistem turbocaj dan juga supercaj. Buat masa sekarang, enjin paten yang berjaya dihasilkan oleh Cummins ialah 3 silinder, 6 piston dengan sesaran 2700cc

Bagi memenuhi kontrak pihak tentera Cummin perlu menghasilkan enjin sehingga 14300cc antara 4 sehingga 6 silinder. Manakala kuasa yang perlu dijana dari enjin ini ialah antara 750 kuasa kuda sehingga 1000 kuasa kuda berdasarkan kontrak antara Cummins dan pihak tentera

Google ads
Back to top button