
DACIA SANDRIDERS BERSEDIA UNTUK PUSINGAN KETIKA W2RC DI BUMI AFRIKA SELATAN
Pasukan Dacia Sandriders akan meneruskan usaha memburu kejayaan untuk kejuaraan FIA Rally-Raid Championship (W2RC) apabila South African Safari Rally pertama yang pertama kali berlangsung untuk W2RC pada dari 18 – 24 Mei 2025.
Walau pun perlumbaan pusingan ketiga untuk W2RC, sebenarnya ini merupakan kali pertama perlumbaan W2RC ini diadakan di Afrika Selatan sementelah The Dacia Sandriders meraikan kemenangan sulung pada Rallye du Maroc penentu musim 2024 Oktober lalu.
Pasukan Dacia Sandriders tiba di Sun City – dari mana perlumbaan W2RC ini akan diadakan untuk menang sekali lagi. Ia berikutkan kejayaan pasukan di Abu Dhabi Desert Challenge pada bulan Februari, apabila Nasser Al-Attiyah dan Édouard Boulanger memandu Dacia Sandrider untuk di tempat pertama selepas lima hari yang melelahkan membabitkan permukaan berasaskan padang pasir.

Dengan keputusan itu membolehkan pemandu dari Qatar Nasser Al-Attiyah ke kedudukan pertama keseluruhan untuk kategori Pemandu serta membolehkan pasukan Dacia Sandriders naik ke tempat kedua keseluruhan untuk kedudukan Pengeluar.
Ironinya perlumbaan South African Safari Rally ini bukan sahaja merupakan lokasi baharu untuk Dacia Sandriders malah ianya juga merupakan suatu perlumbaan yang serba baharu untuk mereka yang hanya mula bersaing dalam perlumbaan W2RC ini pada Oktober yang lalu membabitkan permukaan berasaskan padang pasir.
Untuk South African Safari Rally ini ianya akan membabitkan permukaan gabungan batu kerikil dan tanah, savana terbuka, belukar tebal serta terdapat bahagian pergunungan sekali gus memberikan kemajuan pembangunan untuk jentera Dacia Sandrider melalui disiplin sukan permotoran yang paling sukar dan mencabar.

Menurut Prinsipal Pasukan Tiphanie Isnard mereka telah bekerja keras untuk beraksi Afrika Selatan walau pun tidak pernah beraksi di sana dan hanya akan berpeluang menguji beberapa hari sebelum hari pertandingan bermula.
Walaupun keadaan kering adalah kebiasaan pada bulan Mei di kawasan Barat Laut Afrika Selatan, namun berkemungkinan hujan ringan akan turun, manakala suhu ambien berjulat dari lima darjah celcius pada waktu pagi dan pada waktu malam hingga 26 darjah celcius pada siang hari mampu menjadi cabaran buat semua yang bertanding.
Sejauh 2,759 km akan menjadi jarak yang perlu ditempuh untuk aksi di Afrika Selatan ini.
BACA : DACIA SANDRIDERS CEMERLANG DI ABU DHABI DESERT CHALLENGE