" "
Motosikal

MOTOSIKAL ARMOTIA DUE BERKUASA ELEKTRIK DENGAN PACUAN 2 RODA

Aneh? Yang mana satu? Motor elektrik atau pacuan elektrik? Konsep motor dengan pacuan 2 roda (depan dan belakang) bukanlah sesuatu yang baru namun menjadikannya di atas platform motosikal berkuasa elektrik adalah sangat menarik dibincangkan.

Armotia adalah firma Itali yang telah menghasilkan produk sebenar untuk tahun 2017 yang dikenali dengan nama DUE R dan DUE X. Motosikal ini dibangunkan dan dibina sepenuhnya dari Itali dengan dua versi- untuk jalan off-road yang dikenali dengan DUE X dan untuk model jalanan yang dinamakan DUE R.

BACA – TRIKES ELEKTRIK DARI MALTA

BACA – VESPA ELETTRIKA, SKUTER ELEKTRIK 2017

Syarikat ini ditubuhkan oleh dua orang anak tempatan, Antonio Ranalli and Andrea Andreucci. Secara asasnya, ia sebuah motosikal berkuasa elektrik yang menggunakan motor brushless yang berkuasa 15HP untuk kedua-dua roda depan dan belakang.

armotia-due-motor-elektrik-2wd-1

Mungkin kuasa kuda tak menarik sangat tapi daya kilas (tork) yang dihasilkan ialah 370Nm. Lebih menarik lagi, tork ini boleh diagihkan mengikut talaan depan dan belakang dan sistem tunggangan juga didatangkan dengan tiga mod berbeza.

DUE dibekalkan dengan bateri lithium-ion 72V dan 6.1kWh dan pihak Armotia mendakwa ia mampu bergerak sehingga 100km sekali cas. Satu putaran cas penuh bateri ini mengambil masa sekitar lima jam.

Semuanya menarik kalau dilihat pada spesifikasi, rekabentuk dan juga kejuruteraan yang dipersembahkan. Tapi berapa harganya?

Euro 14,900 atau RM69,734. Pitam!

armotia-due-motor-elektrik-2wd-8

Google ads
Back to top button