Buletin

HONDA FREED MODULO X CONCEPT DI TOKYO AUTO SALON 2017

Bulan depan, akan berlangsung satu lagi acara pemotoran yang penting di Jepun, Tokyo Auto Salon (TAS) 2017. Mengambil lokasi di Makuhari Messe, TMS sememangnya syurga untuk penggiat dan peminat industry modifikasi di seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah jika sambutannya jauh lebih meriah berbanding Tokyo Motor Show yang diadakan setiap dua tahun.

honda-freed-modulo-x-concept-mekanika1

Seperti biasa, Honda ialah antara pemain utama di TAS. Pada TAS 2017, selain barisan model berprestasi tinggi, Honda dilapor bakal memperkenalkan model minivan yang telah menerima kerja-kerja pengubahsuaian.

Dikenali sebagai Honda Freed Modulo X Concept, Honda bagaimanapun masih belum mengumumkan sebarang perincian atau pelan produksinya. Jentera itu hadir dalam warna putih, bersama lampu utama yang digelapkan, gril dengan kemasan berwarna merah dan perumah cermin sisi berwarna merah hitam.

Penampilan sporty itu ditingkatkan lagi dengan bampar baharu, skirting sisi bersama kemasan berwarna merah serta spoiler belakang. Perubahan bahagian kabin MPV kompak itu tidak dinyatakan.

BACA: HONDA MULA JUAL FREED & FREED+ DI JEPUN 

BACA: PANDU UJI – TOYOTA SIENTA, MPV GAYA HIDUP MODEN

Di pasaran Jepun, Honda Freed ditawarkan dengan dua versi iaitu Freed and Freed+. Untuk versi Freed, pelanggan boleh memilih konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk. Sementara Freed+ hadir dengan konfigurasi lima tempat duduk yang eksklusif.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (9)

Pilihan enjin pula ialah sama ada i-VTEC 1.5 liter atau rangkaian kuasa hibrid 1.5 liter i-VTEC i-DCD. Enjin i-VTEC 1.5 liter mampu menjana kuasa 131PS dan tork 155Nm.

Manakala rangkaian kuasa hibrid boleh menjana kuasa mencecah 110PS, tork 134NM dan motor elektriknya menghasilkan 29.5PS serta 160Nm tork.

Varian petrol dilengkapi kotak gear CVT dan model hibrid menggunakan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan. Dibina di atas platform Honda City, pelanggan juga boleh memilih pacuan dua atau empat roda.

Google ads
Back to top button