,
Buletin

DAIHATSU MALAYSIA PANGGIL SEMULA 1,451 UNIT GRAN MAX – GANTI ROD PENYAMBUNG ENJIN 3SZ

Daihatsu Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjalankan proses memanggil semula bersama prinsipalnya, Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC) dan PT Astra Daihatsu Motors (ADM) untuk menggantikan rod penyambung pada enjin 3SZ. 

Enjin 3SZ itu digunakan pada model Gran Max 1,500cc dan dijual di pasaran Malaysia. Sebanyak 1,451 Gran Max yang dikilangkan di antara 7 Mac 2018 hingga 10 April 2019 terlibat dalam kempen servis khas ini. 

DMC menyedari tentang isu kualiti tersebut selepas menjalankan pemeriksaan rutin di mana rod penyambung berkenaan mempunyai retak keciil dan boleh menyebabkan enjin mati ketika ia beroperasi Berdasarkan kepada siasatan, masalah itu berlaku ketika rod tersebut ditempa di kilang ADM di Indonesia. 

Sebagai bukti komitmen Daihatsu untuk sentiasa memberikan servis terbaik, produk berkualiti dan memastikan keselamatan pelanggan,  pemilik Gran Max yang terjejas akan dihubungi secara langsung.

Mereka diminta untuk membawa kenderaan ke pusat servis Daihatsu untuk pembaikan sewajarnya. 

Daihatsu akan menjalankan pemeriksaan dan menggantikan rod penyambung berdasarkan kepada standard pengilangan tanpa mengenakan sebarang caj. Proses pemeriksaan dan penggantian memakan masa sekitar 18 jam, bergantung kepada jadual kerja di pusat servis. 

Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubung talian 03-5512 3411. 

Tags
Google ads
Back to top button