Artikel Pilihan

DAIHATSU XENIA SERBA BARU, 10 CIRI BERBEZA DAIHATSU XENIA DAN TOYOTA VELOZ.

Selepas Toyota Avanza dan Veloz dilancarkan beberapa hari lepas, kembarnya iaitu Daihatsu Xenia turut dilancarkan bagi pasaran Indonesia. Berbeza dengan Avanza dan Veloz yang datang dengan harga yang tinggi, Xenia dijual dengan harga lebih murah dan mampu milik.

Varian paling murah iaitu 1.3 Manual datang dengan harga RM 56,000 manakal varian paling lengkap iaitu 1.5 DCVT ASA dijual pada harga yang jauh lebih mahal iaitu sekitar RM 71,000. Walaupun nama berbeza, namun Xenia dan Avanza dibangunkan dengan menggunakan cesi Daihatsu serba baru iaitu Daihatsu New Global Architecture (DNGA) khusus untuk pasaran negara membangun.

Perubahan platform ini menyaksikan Avanza dan Xenia menggunakan pacuan roda depan bagi meningkatkan kecekapan bahan api, menghasilkan ruang dalaman yang lebih efisyen dan lebih selamat. Xenia dan Veloz menawarkan enjin 1300cc dan 1500cc dengan teknologi dual VVTi. Tapi apakah perbezaan antara Xenia dan Avanza/Veloz?

Papan pemuka Veloz

Kami senaraikan di sini perbezaan antara kedua-dua model setelah meneliti risalah yang boleh didapati dari laman rasmi Toyota dan Daihatsu Indonesia. Antaranya ialah:

1. Xenia dipadankan dengan transamisi Dual Mode CVT atau DCVT sama seperti Daihatsu Rocky dan juga Perodua Ativa. Model Avanza?Veloz akan dipadankan dengan transmisi CVT keluaran Toyota

2. Dari segi luaran, Xenia tampil dengan rekaan bampar dan jeriji depan yang berbeza daripada Avanza/Veloz. Di bahagian sisi Avanza dan Xenia menggunakan rekaan rim yang berbeza antara satu sama lain. Xenia juga tidak menawarkan ciri Puddle Lamp pada bahagian cermin sisi.

3. Rekaan papan pemuka (instrument panel) juga berbeza dengan Veloz diberikan ciri Vibrant Illumination Light berwarna biru dan juga dipasang pada panel pintu manakala Xenia 1.5 ADS diberikan kemasan warna merah pada corong penyaman udara dan dibahagian tengah papan pemuka. Xenia juga menyediakan ruang poket tambahan untuk meletak barang di bahagian papan pemuka

papan pemuka Xenia lebih ringkas dan sporti

4. Veloz menggunakan meter digital MID TFT 7 inci berbanding dengan Xenia yang menggunakan meter analog dengan pencahayaan Optitron berwarna merah.

5. Suis penyaman udara Veloz menyediakan ciri Auto yang akan menyelaras halaju penyaman udara secara automatik manakala Xenia diberikan butang Max Cool sahaja.

6. Di bawah suis penyaman udara, terdapat sat slot untuk menyimpan kad dan juga sambungan USB bagi pengecasan telefon pintar. Veloz pula diberikan ciri pengecasan tanpa wayar di bahagian konsol tengah.

7. Xenia masih menggunakan brek tangan mekanikal sedangkan Veloz datang dengan ciri parkir brek elektrik beserta ciri AutoHold.

Xenia masih menggunakan brek tangan

8. Dalam aspek keselamatan, Xenia ditawarkan dengan ciri Amaran Pra Perlanggaran manakala Veloz mendapat ciri tambahan seperti kamera 360 darjah, amaran titik buta, Rear Cross Traffic Alert dan menggunakan brek cakera pada bahagian belakang

9. Kedua dua model menggunakan sistem skrin sesentuh 9 inci yang sama, kecuali Veloz menambah skrin tayangan khas yang di pasang di bahagian syiling kereta di barisan kedua untuk keselesaan penumpang belakang

10. Veloz juga menawarkan ciri sambungan terus sistem maklumat kenderaan dengan peranti pintar melalui sistem T in Touch yang menawarkan pelbagai ciri menarik

Selain daripada ciri-ciri perbezaan yang kami nyatakan di atas, tak banyak perbezaan antara kedua-dua model. Ia masih kenderaan yang sama cuma dibezakan dari segi jenama dan juga penawaran sistem keselamatan, keselesaan dan juga sistem infohibur yang berbeza

Kalau diberi pilihan, mana satu model yang anda suka untuk dijadikan model pengganti Perodua Alza? Toyoa Veloz ataupun Daihatsu Xenia?

Google ads
Back to top button