Buletin

COOLON MOTORS TAWAR LCV ELEKTRIK PADA HARGA MAMPU MILIK. BERMULA RM66,000

Pengeluar kenderaan Ukraine, Coolon Motors mendedahkan kenderaan ringan komersial (LCV) elektrik pada harga mampu milik.

Model berkenaan yang menggunakan platform modular lantai rendah bakal ditawarkan dalam tiga varian.

Ia dijangka dijual pada harga bermula AS$16,000 (RM66,456).

Melalui model konsep, jentera itu menampilkan rekaan berkotak dipadankan permukaan kaca besar pada bahagian hadapan dan rata di sisi untuk ruangan kargo.

LCV berkenaan hadir dengan pemanduan semua roda dan roda hadapan dipadankan motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 161 hp dan tork 250 Nm pada kelajuan maksimum 90 km/j.

Modul bateri litium-ion fosfat pada kenderaan itu terdiri daripada blok 4 kWj yang menyediakan jarak pemanduan sehingga 300 km.

Selain itu, LCV tersebut dilengkapi unit kawalan dalam memantau secara jauh sistem diagnosis isu berbangkit berhubung logistik dan pengurusan.

Ia juga mampu menerima kemas kini melalui over the air (OTA) secara tanpa wayar dan bersedia disepadukan sistem pemanduan autonomi.

Coolon akan membangunkan LCV terbabit di Ukraine pada tahun hadapan. – carscoops

Google ads
Back to top button