Buletin

NISSAN DEDAH EDISI TERHAD JUKE KIIRO DI UK SEMPENA TAYANGAN PERDANA THE BATMAN

Nissan mendedahkan Juke edisi terhad dikenali sebagai Kiiro di pasaran United Kingdom (UK) sempena tayangan perdana The Batman pada 4 Mac ini.

Biarpun, Batman sering dikaitkan dengan tona warna gelap, Kiiro membawa maksud kuning dalam Jepun.

Justeru, tidak hairanlah, jentera edisi terhad itu mendapat sentuhan aksen warna kuning pada bahagian bampar dan sisi dipadankan badan berwarna kelabu (Ceramic Grey).

Bahagian bumbung pula, ia didatangkan warna hitam manakala  di cermin sisi hadir dengan grafik putih.

Selain itu, Juke Kiiro dilengkapi rim 19 inci berwarna hitam berkilat dan bahagian bawah bampar diperkemas dengan aluminium.

Ruang dalaman mendapat kemasan fabrik upholsteri berwarna hitam dipadankan kulit syntech berkualiti tinggi pada tempat duduk dan jahitan hitam, kelabu serta kuning pada kabin.

Bahagian konsol pula mengingatkan kepada special edition Equipment termasuk skrin sentuh 8 inci digabungkan infotainmen NissanConnect.  

Juke Kiiro mendapat khidmat enjin 1.0 liter turbocharge tiga silinder yang mampu menjana kuasa 112 hp dan tork 200 Nm dipadankan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar.

Nissan Juke Kiiro terhad kepada 5,000 unit sahaja dan 500 daripada jumlah tersebut adalah untuk pasaran UK. –carscoops

Google ads
Back to top button