
KEMALANGAN YANG PALING KERAP BERLAKU MENGIKUT STATISTIK 2019
Berdasarkan kajian dan data yang dikumpulkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) kebanyakan kemalangan yang berlaku ialah kemalangan secara berdepan di Amerika. Daripada 6 juta kemalangan yang berlaku, 2.8 juta adalah melibatkan kemalangan secara berdepan diikuti 1.57 juta kemalangan dari belakang
Ini bermakna 46% kemalangan yang berlaku pada tahun 2019 adalah secara berdepan di jalan yang lurus ataupun di persimpangan jalan. Daripada jumlah ini 27,164 kematian telah dilaporkan ketika kemalangan berdepan di jalan lurus. 7,758 ke kematian dicatatkan melibatkan kemalangan secara berdepan ketika melalui selekoh
Menukar laluan atau memasuki laluan laju di lebuhraya pula melibatkan 785 kes kemalangan maut, diikuti kemalangan maut di lampu isyarat sebanyak 595 kes kematian. Tahun 2019 juga mencatatkan 500,000 kes kemalangan yang melibatkan objek kekal dipasang di tepi jalan seperti tiang elektrik dan juga pokok

45,000 kes kemalangan lain melibatkan objek yang terjatuh dari kenderaan lain seperti lori, trak pikap 4×4 dan juga basikal yang tidak diikat kemas pada kereta. Bagi kemalangan yang melibatkan impak sisi, sebanyak 608,000 kes telah berlaku pada bahagian sisi kiri dan 555,000 kes pada bahagian sisi kanan. Ini menerangkan kenapa perlindungan bed udara sisi adalah sangat penting
NHTSA juga melaporkan kebanyakan kemalangan maut terjadi apabila kenderaan dipandu antara 80-96km/j sebanyaka 12,681 kes dan bagi kemalangan maut yang terjadi pada halaju melebihi 96km/j jumlahnya ialah sebanyak 11,814 kes.
Curiously, there are more fatal accidents that took place with vehicles travelling at speeds between 50 to 60 mph (80-96 km/h) than there are with vehicles traveling over 60 mph (96 km/h), but the difference is small (12,681 versus 11,814 crashes).

Namun memandu perlahan tidak semsetinya lebih selamat terutama kepada pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal. PAda tahun 2019, 4800 kes kemalangan maut berlaku pada halaju 50km/j dan ke bawah melibatkan kategori ini
Dr David Harkey, Presiden NHTSA menyatakan pemanduan pada halaju tinggi akan menyebabkan kebanyakan peralatan keselamatan yang dipasang pada kenderaan menjadi tidak bermanfaat seperti beg keselamatan udara serta casi yang telah diperkukuhkan.
Pada halaju tinggi, kebanyakan pemandu gagal menjangkakan keadaan trafik di depan dan membrek kecemasan. Pada halaju 80km/j, penyelidik mendapati cesi kenderaan telah berubah di bahagian pelapik kaki depan, pintu dan jugaa papan pemuka. Patung ujian menunjukkan tanda-tanda kecederaan pada bahagian leher dan juga kaki
NHTSA menyaranakan agar pemandu mematuhi halaju yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan penguatkuasaan halaju oleh polis dipertingkatkan.