Buletin

TOYOTA GAZOO RACING UMUM BARISAN PEMANDU UNTUK MUSIM 2022

Memandangkan musim saingan WRC 2021 tinggal dua pusingan sahaja lagi, maka sewajarnya pasukan pasukan yang bertanding sudah boleh mula mencongak saingan musim baharu siapakah yang harus menggalas tugas memandu jentera Rally1. Pasukan Toyota Gazoo Racicng sudah bersedia dengan mengumumkan barisan pemandu mereka.

Pemandu Finland, Esapekka Lappi akhirnya kembali semula ke pasukan Toyota Gazoo Racing bagi menyahut cabaran musim 2022 apabila beliau diumumkan sebagai pemandu untuk jentera ketiga jentera GR Yaris Rally1 dan bakal berkongsi jentera tersebut bersama lagenda WRC, Sebastian Ogier.

Sebastian Ogier yang masih lagi bersaing rapat bersama Elfyn Evans bagi merebut kejuaraan WRC buat kali kesembilan telah pun membuat pengumuman tentang pengundurannya secara sepenuh masa dalam WRC bermula tahun hadapan sebelum ini. Sebastian Ogier hanya akan membuat beberapa kemunculan pada perlumbaan tertentu sahaja pada musim 2022 disamping membantu Toyota Gazoo Racing untuk mengutip mata perlumbaan.

Manakala Esapekka Lappi yang sebelum ini membuat kemunculan secara wild card sewaktu di Rally Finland sambil memandu jentera Yaris WRC telah menampilkan pemanduan yang cemerlang untuk berada di kedudukan keempat keseluruhan. Sebelum ini beliau pernah menyertai pasukan Toyota pada tahun 2017 sebelum memutuskan untuk menyertai Citroen Racing pada tahun 2018 dan M-Sport kemudiannya.

Menurut Prinsipal pasukan, Jari-Matti Latvala percaya bahawa pemilihan Esapekka Lappi mampu mengisi ruang kosong yang ditinggalkan Sebastian Loeb. “Dia membuktikan kepada kami sebelum ini yang beliau boleh menang dan semenjak itu peningkatannya cukup ketara. Motivasi yang tinggi dan beliau telah tunjukkan kelajuan yang beliau ada sewaktu tampil berlumba di Finland”, tambah Jari-Matti Latvala.

Baki dua lagi barisan pemandu yang telah disahkan sebagai pemandu utama sudah tentu menjadi milik Elfyn Evans serta bintang muda Finland, Kalle Rovanpera bagi menggalas cabaran musim 20222 nanti. Elfyn Evans masih lagi bertarung sengit bagi merebut kejuaraan WRC manakala Kalle Rovanpera telah membuktikan kejaguhannya apabila muncul pemenang termuda untuk perlumbaan WRC setakat hari ini.

Sementara itu, keputusan Sebastian Ogier untuk tidak berlumba secara sepenuh masa adalah disebabkan beliau mahukan lebih banyak masa dihabiskan untuk keluarga pula selepas ini. Akan tetapi cinta beliau pada perlumbaan rali tidak akan pernah pudar. Maka, jalan terbaik, adalah berlumba secara separuh masa sahaja.

Serentak dengan itu, Juruarah beliau,Julien Ingrassia turut mengumumkan bakal bersara sepenuhnya bermula musim hadapan. Julien Ingrassia telah berpasangan dengan Sebastian Ogier semenjak dari tahun 2006 lagi. Bukan calang – calang gandingan sebenarnya. Dan untuk tahun hadapan, Sebastian Ogier bakal bergandingan bersama Benjamin Veillas, yang telah pun memulakan kerja bersama bagi membentuk persefahaman yang tinggi selepas ini.

BACA : WRC 2020 – TOYOTA DAN FORD MULA MENAYANGKAN JENTERA RALI

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA WRC 2020 BUAT KALI KE TUJUH

Google ads

B K

Back to top button