Motosikal

HELMET ARAI RX-7X EDISI KHAS ULANGTAHUN KE-30 HONDA NSR

Pada 1986 Honda Motor telah melancarkan model pertama jentera NSR250. Waktu itu adalah zaman emas industri motosikal dua lejang. Dalam masa yang singkat, model MC16 tersebut popular ke seluruh dunia.

Terima kasih pada kejayaan perlumbaan Gran Prix kelas 250cc waktu itu yang meletakkan NSR250 salah satu motosikal replika yang popular. 30 tahun selepas kelahiran pertamanya, Syarikat pembuat helmet terkemuka Jepun, Arai telah mengadakan kerjasama dengan Honda dengan melahirkan edisi terhad helmet fullface bertemakan NSR.

Arai NSR (2)

Demi meletakkan NSR sebaris dengan lagenda yang lain, Arai memilih model flagship RX-7X yang mana ia ditingkatkan dengan beberapa perubahan. Kedudukan visor direndahkan sekitar 24mm bersama dengan penutup sisi visor dengan saiz yang lebih kecil.

Pengunci tali helmet dibuat khas seperti helmet Formula Satu yang terletak di bahagian kiri pipi. Kerangka helmet juga dibuat lebih ringan 30gram berbanding RX-7 biasa dan juga busa dalaman yang dibuat khas dengan mengutamakan keselesaan.

Arai NSR (3)

Dari segi rekabentuk, ia memang sangat kelihatan “NSR” Ya. Jika anda ada sebuah NSR 150R Pro arm, ia sangat dekat dengan gayareka tema warna kulit model-model NSR. Penggunaan warna merah, putih dan biru merupakan karekter utama.

Harga? Tidak dinyatakan, malah tiada sumber langsung di Jepun yang menyatakan berapa unit ia akan dibuat dan berapa harga jualannya. Tapi jika anda pernah dengar tentang Arai RX7-X edisi HRC (Honda Racing Competetion), harga pasaran terpakai yang saya pernah jumpa ialah 66,000 yen, harga belian terus (Buy It Now), kira-kira RM2,600.00.

Macam boleh dengar kan?

sumber motorrival

Google ads
Back to top button