Artikel Pilihan

DODGE VIPER KEMBALI MENDARAT SELEPAS 28 TAHUN DI UDARA – INI ULAR TERBANG KE?

Selama hampir 30 tahun sebuah Dodge Viper telah diletakkan nun tinggi di atas papan tanda sebuah pusat jualan kereta di Kentucky. Ia memang sebuah monumen yang menarik perhatian ramai. Sama macam sebuah Mercedes yang diletakkan tinggi di sebelah Lebuh Raya Persekutuan satu ketika dahulu.

Kereta sport merah tersebut sudah berada di sana selama 28 tahun dan hanya diturunkan sekali 15 tahun lepas untuk proses makeover. Bayangkan selama berada di sana ia terdedah dengan keadaan cuaca dan tidak pernah dibersihkan. Tapi betul ke ia sebuah kereta yang lengkap? Ke hanya chasis kosong semata-mata?

Sebenarnya ia adalah sebuah Viper yang lengkap dan bukan sekadar chasis kosong. Sesetengah jurukomen FB tidak berbayar menulis yang ia tentu sekali model pra produksi yang tidak lagi diperlukan oleh Chrysler dan tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan di jalan raya.

Pemilik pusat tersebut, Alec Girvin menafikannya dan menegaskan kereta sport tersebut adalah model terbaru dah belum didaftarkan ketika ia dinaikkan ke udara pada tahun 1996. Malah odometernya juga menunjukkan bacaan 19 kilometer sehaja. Hoih, membazir betul la.

Pada asalnya ia mempunyai rim standard dari kilang tapi ia telah ditukar 15 tahun epas kerana trend semasa ketika itu ialah rim krom. Cis, tak pasal-pasal dah jadi bling-bling macam kereta milik penyanyi rap kulit hitam.

Keadaan Viper merah tersebut selepas diturunkan memberi pengajaran kepada kita supaya menjaga kereta sendiri sebaiknya dan jangan main tinggal je di tengah hujan ataupun panas. Tengok cat kereta ini yang pudar dan menggelupas, lampu besar dah menghijau dan segala jenis lumut membuktikan yang ia memang diabaikan pemiliknya. Ye la, siapa nak basuh kalau dah tinggi macam tu.

Bahagian enjin pula dah jadi sarang burung terus kerana penuh dengan rumput kering dan jerami. Fuh berpesta korang kat dalam tu ye. Enjin V10 popular Viper tu pun nampak macam dah terkena cat semburan warna najis burung. Gothik betul la keadaannya sekarang. Sabar je lah

Google ads
Back to top button