DARIPADA SEBUAH KERETA KELUARGA KEPADA JENTERA LUMBA – TOYOTA VIOS CHALLENGE
Toyota Vios tidak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan inilah antara model terlaris Toyota di Malaysia. Selepas diperkenalkan generasi demi generasi ia semakin bertambah baik dan diterima oleh semua golongan di Malaysia. Kehebatan Vios juga membuatkan pesaing terdekatnya seperti Honda City terpaksa menaikkan lagi taraf permainan mereka.
Toyota Vios Challenge merupakan kereta lumba yang dihasilkan khas untuk perlumbaan dengan menggunakan aksesori dan peralatan yang diluluskan dan dibangunkan ooleh Toyota Racing Development ataupun lebih dikenali dengan nama TRD.
Kesemua 40 buah model Vios Challenge ini mempunyai spesifikasi serupa agar tiada seorang pelumba pun mempunyai kelebihan mekanikal sewaktu berlumba. Mereka perlu bergantung sepenuhnya kepada kemahiran memandu masing-masing. Ia juga untuk memastikan kosnya kekal rendah dan menguji skil para pelumba itu sendiri.
Malah sewaktu perlumbaan, tayar, rim dan juga petrol dibekalkan oleh pihak penganjur bagi memastikan perlumbaan ini lebih berdaya saing dan pelumba tidak mempunyai kelebihan yang boleh dieksploitasi.
BACA: MENANGI TOYOTA VIOS SPORTS EDITION HUJUNG MINGGU INI
Adalah cukup mengkagumkan bila sebuah kereta keluarga boleh bertukar menjadi sebuah kereta lumba yang cukup lincah dengan modifikasi yang terkawal. Dengan modifikasi ini juga Vios telah menjadi kereta yang cukup menyeronokkan dipandu sebagaimana diakui oleh pemandu professional seperti Keifli Othman, Kenny Lee, Kenneth Koh, Tengku Djan dan ramai lagi.
Keifli menyatakan yang Vios ini cukup responsif dan mudah dikawal jadi baik pelumba baru mahupun berpengalaman akan menikmati keseronokan memandu kereta ini. Ia disokong oleh Kenneth Koh yang mendakwa kereta Vios Challenge ini cukup seimbang dari segi kuasa, kawalan, daya brek dan pecutan. Sesuai untuk pelumba baru dan juga berpengalaman.
Kalau tak percaya dengan kehebatan Vios Challenge dan ingin melihat sendiri kehebatannya beraksi sila berkunjung ke MAEPS hujung minggu ini sempena Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival untuk menyaksikan para pelumba profesional dan selebriti berentap antara satu sama lain dalam pelbagai kategori.
Bukan iu sahaja, Vios SE boleh dibeli jika anda mahu sebuah kereta seperti yang dipandu oleh Fattah Amin. Jangan lupa juga untuk datang ke MAEPS pad hujung minggu ini. Mana tahu boleh menang sebuah Vios SE kan?
Spesifikasi Vios Challenge:
Enjin:
- Sistem Ekzos TRD
- Manifold Ekzos
Transmisi:
- Penutup klac TRD
- Cakera klac TRD
- LSD TRD
Suspensi:
- Set suspensi TRD
- Set bushing TRD
- Tower bar TRD
- Brace set bawah TRD
- Sport rim aloi Enkei (15×7.0J)
- Tayar Toyo (195/50R15)
Brek:
- Brek pad TRD
- Hos brake steel braided
Luaran:
- Bumper spoiler depan dan belakang
- Skirting sisi
- Spoiler belakang TRD
- Pin hud OMP
Dalaman:
- Tempat duduk bucket OMP
- Roll cage 6 point TRD
- Pad pelindung roll cage OMP
- Tali pinggang keledar perlumbaan OMP
- Stereng OMP
- Kamera dalaman
Sistem keselamatan:
- Sistem pemutus litar elektrik
- Sistem pemadam api berkuasa elektrik
- Heal plate