Buletin

TOYOTA VIOS GENERASI BAHARU BAKAL DIGUNAKAN OLEH SEMUA PELUMBA GR VIOS CHALLENGE MUSIM KE-7

Toyota Vios generasi baharu didedahkan secara rasmi di Litar Antarabangsa Sepang, sempena dengan acara pusingan akhir Festival Toyota Gazoo Racing yang berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober 2023 lalu.

Diasaskan dari Toyota Vios 2023 dengan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture), Toyota Vios serba baharu itu bakal digunakan oleh semua pelumba serta pasukan yang bersaing di Toyota GR Vios Challenge musim ke-7 tahun depan.

Bagaimanapun, para pelumba selebriti dalam ‘Promotional Class’ menjadi kumpulan pertama ‘merasmikan’ Vios baharu itu di litar.

Untuk rekod, model ini dijana oleh enjin 1.5 liter dan dipadankan bersama transmisi manual lima-kelajuan.

Menerusi platform DNGA baharu, ia menawarkan platform lebih tegar dan stabil, aerodinamik lebih baik selain dilengkapi roll-cage 6-point, tempat duduk lumba serta tali pinggang 6-point.

Selain itu, ia juga menerima sistem ekzos perlumbaan, suspensi talaan lumba, dan LSD (limited-slip differential).

Semua pasukan dan individu yang menyertai Vios Challenge kini boleh memiliki Toyota Vios generasi baharu untuk perlumbaan musim ke-7 tahun depan.

Untuk membuat pendaftaran musim ke-7, pasukan atau pemandu boleh menghubungi Race Management di talian 016-367 3300 (Janet).

GALERI:

Google ads
Back to top button