Buletin

MAZDA CX-5 TERIMA ANUGERAH SUV TERPAKAI TERBAIK DARIPADA WHAT CAR?

Biasanya kita diberitakan tentang kereta-kereta baharu mahu pun kereta konsep yang menang anugerah terbaik dan sebagainya kan? Ini anugerah yang jarang didengari. Anugerah Kereta Terpakai atau 2018 What Car? Used Car Awards. Memang jarang dan kali pertama dengar ada anugerah untuk kereta terpakai.

Bila difikirkan semula, elok juga anugerah seperti ini diadakan. Sebab kereta terpakai sekarang ini pun bagus-bagus, ada yang siap dengan enam beg udara tetapi harga sama macam kereta baharu.

Pada Anugerah Kereta Terpakai What Car? 2018, Mazda telah memenangi tiga pengiktirafan untuk dua buah model iaitu Mazda CX-5 dan Mazda MX-5. Mazda CX-5 dianugerahkan SUV Besar Terpakai Terbaik (4 – 6 tahun) dan SUV Terpakai Terbaik. 

Penilaian dibuat mengikut 15 bahagian berbeza di mana kereta dibahagikan dalam tiga kumpulan umur: 1-3 tahun, 4-6 tahun dan 7-10 tahun.

Menurut Pengarang Kereta Terpakai, What Car?, Alex Robbins mengenai CX-5;

“Pembeli SUV terpakai mahukan sebuah model yang mempunyai pelbagai gabungan ciri-ciri seperti ruang, praktikaliti, boleh diharap dan selamat. Sama seperti pesaing lain, Mazda CX-5 mempunyai ciri-ciri tersebut namun CX-5 cemerlang dari segi keseronokan pemanduan di mana ia memberikan pengendalian yang tidak kalah dengan hatchback sporty.

Selain itu, CX-5 juga mempunyai penggunaan bahan api ekonomikal untuk sebarang enjin yang dipasarkan. Ditambah lagi dengan harga CX-5 yang mampu milik dan skor tinggi dalam kaji selidik reliabiliti kami maka jelas SUV ini adalah pemenang yang layak,” kata Alex Robbins.

Dilancarkan pada tahun 2012, Mazda CX-5 telah berjaya mengubah persepsi SUV arus perdana dengan gabungan ciri-ciri seperti gaya, dinamika pemanduan dan efisien.

Jualan global CX-5 sudah melebihi 1.5 juta unit yang menyumbang kira-kira 25 peratus daripada jumlah jualan global Mazda.  Lebih daripada 32,000 CX-5 generasi pertama telah dijual di UK.

Mazda MX-5 MK3 dengan gabungan ciri-ciri seperti mampu milik, boleh dipercayai dan mesra pemandu telah melayakkan kereta ini menerima anugerah Kereta Terpakai Convertible Terbaik dalam kategori empat hingga enam tahun.

Bagus bukan kalau ada anugerah seperti ini dibuat di dalam negara?

BACA: MAZDA6 INI DAH 5 TAHUN RUPANYA, TAHUN DEPAN KELUAR MODEL 2.5 TURBO PULA!

BACA: MEMORI KEHEBATAN KERETA JEPUN 90-AN – MAZDA LANTIS TURBO

Tags
Google ads
Back to top button