Buletin

DAIMLER PERKENAL DENZA 500, KERETA ELEKTRIK YANG MAMPU BERGERAK SEHINGGA 500KM

Pasaran kereta elektrik di China sangat penting buat mana-mana pengeluar. Dengan kuasa beli konsumer yang tinggi ditambah polisi pemilikan kenderaan yang semakin ketat, kereta-kereta elektrik adalah jalan keluar yang ditetapkan oleh kerajaan China untuk mengawal jumlah pencemaran yang disebabkan kenderaan bernejin petrol/disel.

Misalnya, insentif yang diberikan kepada kereta elektrik di bandar besar seperti Beijing, Shanghai. Banyak rebat diberikan, kawasan parkir khusus dan pada hari-hari tertentu, hanya kereta elektriks sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan pusat bandar.

BACA: BMW TUNDA PROJEK KERETA ELEKTRIK-TAK UNTUNG!

Rakan niaga syarikat Mercedes Benz-Daimler di China iaitu BYD telah memperkenalkan satu lagi varian penting kereta elektrik. Diletakkan di bawah jenama Denza dan model ini dikenali sebagai Denza 500.

Ia menggantikan model Denza 400 yang diperkenalkan dua tahun lalu.

Apa yang menariknya?

Denza 500 mampu mencatat perjalanan sehingga 500km (seperti namanya) untuk sekali cas penuh. Sebagai perbandingan, Nissan Leaf terbaru hanya mencatat 378km bagi sekali cas.

Model ini lebih ringan dari model sebelumnya yang sudah pun mampu mencatat perjalanan 400 km untuk sekali cas menggunakan bateri 62kWh.

Tiada data teknikal lain yang diperincikan namun Kumpulan Daimler memberitahu bahawa ia adalah “pembangunan penting kenderaan elektrik di China”. Ia juga dikatakan telah diuji dalam suhu ekstrim sehingga -40c.

Antara ciri menarik pada Denza 500 ialah sistem infotainmen dengan skrin 9 inci, sambungan telefon pintar, sistem navigasi, stereng pelbagai fungsi dan juga parkir brek elektronik.

Sama seperti siri 400, Denza 500 ini dikhususkan hanya untuk pasaran China sahaja.

 

 

 

Google ads
Back to top button