
MERCEDES E-CLASS 2024 BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI, MBUX SUPERSCREEN, 375HP, HARGA SEKITAR RM267K
Mercedes-Benz muncul dengan model Mercedes E-Class 2024 baru-baru ini sekali gus bersaing rapat dengan BMW.
Secara visual, ia banyak meminjam rupa S-Class tetapi di bahagian gril akan dibezakan melalui pilihan trim di mana Mercedes-Benz menyediakan pilihan ‘Progressive’ dan ‘Classic’.
Mercedes E-Class 2024 adalah sepanjang 4,949mm, 1,880mm lebar, 1,468mm tinggi dengan jarak roda 2,961mm, meningkat 20mm berbanding generasi W213 manakala ruang but pula berkapasiti 540 liter.

Di dalam kabin, E-Class baharu ini mirip seperti EQE elektrik dan EQS terutamanya di bahagian pemuka serta skrin. E-Class 2024 disertakan dengan paparan instrument digital berdiri sendiri selain, paparan MUBX yang disepadukan ke dalam papan pemuka.
Perincian menarik lain termasuklah kamera swafoto, aplikasi TikTok serta permainan seperti Angry Birds pada skrin di bahagian penumpang.
Pengguna juga boleh menstrim tetapi sistem pemantauan muka khas akan menyahaktifkan video sekiranya ia mengesan pemandu terlalu memberi tumpuan pada penstriman video.

Selain itu, sistem infotainment MBUX Superscreen baharu juga boleh membuat panggilan Zoom apabila kereta tidak bergerak.
Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi Active Distance Assist, Attention Assist, Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Parking Package dan Speed Limit Assist. Tambahan, Attention Assist kini terdapat amaran gangguan pemandu, di mana ia akan memberi amaran kepada pemandu secara akustik atau visual.
Didatangkan sebagai pilihan ialah Driving Assistance Plus, yang menambahkan ciri Active Steering Assist sebagai fungsi menjaga lorong.
Di pasaran A.S, E-Class generasi terbaharu ini boleh didapati dalam dua model iaitu E350 4Matic dan E450 4Matic, kedua-duanya menggunakan sistem hibrid ringan 48 volt dengan integrated starter generator (ISG).
E350 dikuasakan enjin empat silinder 2.0 liter pengecas turbo, berupaya menghasilkan 255hp dan tork maksimum 295Nm.
Sementara itu, E450 dipacu oleh enjin 3.0 liter pengecas turbo, menghamburkan kuasa 375hp dan tork 369Nm.
Mercedes belum mendedahkan bila kereta ini akan dilancarkan, tetapi ia bakal berada di pasaran pada tahun ini dengan anggaran harga sekitar AS$60,000 (RM267,540).
GALERI:












- BACA: MBM RANCANG LANCAR 20 PRODUK BAHARU TAHUN 2023, LIBATKAN MODEL EV, AMG DAN SEGMEN MEWAH MERCEDES-BENZ
- BACA: MERCEDES ORANG KANAN FUHRER UNTUK DIJUAL – KOLEKSI BERSEJARAH NI KALAU MAMPU
- BACA: ISTERI KETIGA MENGAKU ROSAKKAN CERMIN MERCEDES-BENZ DAN HONDA GOLD WING SUAMI
- BACA: MERCEDES-BENZ E-CLASS 2024 ADA KAMERA SELFIE, MBUX SUPERSCREEN, APLIKASI TIKTOK

