
DENZA N8 RASMI DILANCARKAN DI CHINA, TAWAR PILIHAN 5/6/7 TEMPAT DUDUK, 483HP, HARGA BERMULA RM202K
BYD baru-baru ini melancarkan SUV baharunya di China iaitu Denza N8 yang dikuasakan oleh sistem hibrid DM BYD. Denza N8 juga merupakan model kedua di bawah siri Denza N selepas N7.
Untuk penampilan, Denza N8 direka berdasarkan bahasa reka bentuk “π-Motion” BYD dan merupakan model gantian untuk Denza X.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,949mm (panjang), 1,950mm (tinggi) dan 1,725mm (lebar) jarak roda pula diletakkan pada 2,830mm.

Untuk rekod, Denza N8 baharu ditawarkan dengan pilihan versi 5/6/7 tempat duduk.
Model baharu ini dipadankan bersama lampu DRL gaya taring pada kedua-dua belah sementara bahagian belakang mempunyai spoiler yang agak besar, through-type taillights, plat anti-calar dan sunroof.
Di dalam, bahagian dalamannya tampil minimalis dengan bahagian kokpit disokong oleh sistem Denza Link 5G. Perincian lain termasuklah panel instrument LCD penuh 12.3-inci, skrin sentuh 15.6-inci, head-up display bersaiz 12-inci dan sistem audio Dynaudio.

Beralih kepada kuasa, model ini dijana oleh sistem hibrid DM BYD yang terdiri daripada enjin 1.5T dan dwi-motor hadapan serta belakang. Enjin berkenaan berupaya menghasilkan 137hp, 231Nm dengan kuasa gabungan menghamburkan 483hp.
Kelajuan tertinggi pula dihadkan pada 190km/j, sementara daya pecutan dari 0 hingga 100km/j hanya mengambil masa 4.3 saat.
Selain itu, penggunaan bahan api komprehensifnya ialah 6.45L/100km (pacuan empat roda) dan penggunaan kuasa 18.2 kWj/100km.
Model di bawah sub jenama BYD ini boleh dimiliki pada harga AS$44,600 hingga AS$45,500 (RM202,952 – RM204,772).
GALERI:








- BACA: PESAING ALPHARD, BYD DENZA D9 DILANCARKAN DI CHINA. HARGA BERMULA RM220K
- BACA: BIMS 2023: BYD PERKENAL MPV ULTRA MEWAH DENZA D9. LEBIH BESAR DARIPADA ALPHARD, 600KM SEKALI CAJ
- BACA: BYD PERKENAL DENZA N7 DI CHINA – REKAAN MACAM PORSCHE CAYENNE COUPE, HARGA MASIH MISTERI
- BACA: NAIK DENZA D9 DI SHENZEN CHINA. LAGI BEST DARIPADA ALPHARD?



