Buletin

DIPENJARA KERANA SEBABKAN KEMATIAN, TINGGALKAN BAYI DALAM KERETA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Ini berita dari Amerika Syarikat. Lelaki ini, Justin Ross Harris didapati bersalah kerana menyebabkan kematian anaknya, Cooper yang ditinggal di dalam kereta.


Harris dikatakan secara sengaja telah lalai memberi tumpuan kepada anaknya yang berusia 22 bulan. Beliau yang memandu Hyundai Tucson ke tempat kerja dikatakan “terlupa” untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan harian.

Meninggalkan bayi itu sendirian dalam kerusi bayi di tempat duduk belakang dan pada petang hari yang sama pulang dari kerja, beliau terlihat anaknya di kerusi belakang. Harris melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi dua jam kemudian, bayi tersebut meninggal dunia.

Selepas lebih 2 tahun perbicaraan yang panjang di mana pihak peguambela memberi hujah bahawa Justin Ross Harris mengalami sindrom pelupa. Namun pihak pendakwa menyangkal alasan tersebut dengan mendakwa beliau sudah cukup sempurna sebagai lelaki dewasa dan kematian ini adalah kerana niat dan kecuaiannya.

Di negara yang menggunakan sistem juri tersebut, nampaknya pihak juri memilih untuk menjatuhkan hukuman atas lapan pertuduhan yang dibuat. Walaupun Harris tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, ternyata kelalaian beliau ini membawa padah.

Ia melibatkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol bersama 32 tahun lagi hukuman penjara tambahan.

Ia mungkin kedengaran kejam, tetapi di negara-negara maju, hak seorang bayi dan kanak-kanak diletakkan pada aras paling tinggi. Kebanyakan kes yang melibatkan kanak-kanak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya (dan juga publisiti yang meluas)

BACA – LELAKI JEPUN DIBERKAS TAK BAYAR TEKSI RM10K

BACA – RISIKO DIPENJARA BILA BELI KERETA KLON

 

sumber

radaronline

 

Tags
Google ads
Back to top button
Close