Buletin

PKP FASA 3. KOMPAUN RM1K BUKAN LAGI PILIHAN UTAMA. INDIVIDU DITAHAN TERUS KE MAHKAMAH

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang akan bermula esok akan lebih keras. 

Jadi, sesiapa yang didapati sengaja melanggar PKP akan terus ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah. Polis juga tidak lagi lagi menjadikan denda kompaun RM1,000 sebagai pilihan utama. 

Langkah itu terpaksa diambil berikutan orang ramai dilihat mengambil sikap sambil lewa terhadap arahan PKP. Setiap hari, ada sahaja perkongsian di media sosial menunjukkan banyak kenderaan di atas jalan raya atau di premis perniagaan. 

Malah, ramai yang menganggap kompaun sebanyak RM1,000 sebagai tidak tinggi dan membuatkan mereka tidak takut untuk mengingkari PKP. 

“Jadi, kita telah bersetuju bahawa polis mulai esok tidak lagi beri tumpuan kepada kompaun. Sebaliknya, sesiapa yang ditahan akan direman atau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat,” kata Ismail Sabri. 

Semalam sahaja, seramai 1,374 individu telah ditahan kerana ingkar PKP. Daripada jumlah itu, 931 individu dikompaun RM1,000; 418 individu direman dan 25 individu telah dijamin polis. 

Sementara 427 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP.  – Astro Awani  kredit foto: MStar

Google ads
Back to top button