Artikel Pilihan

DISEBABKAN STATUS ELON MUSK, 2 PELUMBA HARAM DITAHAN POLIS

Ya, hanya disebabkan satu video perlumbaan haram yang telah berlaku pada 13 Oktober lepas dikongsikan oleh Elon Musk atas tujuan mempromosikan Tesla Cybertruck, 2 pemandu yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan oleh polis

Dalam perlumbaan jalanan yang seperti telah dirancang dan pada masa yang sama mengganggu pengguna jalan raya yang lain, tujuan sebenar Elon Musk ialah untuk menunjukkan kemampuan Cybertruck menewaskan Lamborghini Aventador Roadster

Video ini telah dirakam dengan teliti dan dikongsikan oleh seorang pempengaruh media sosial iaitu Mario Nawfal di laman X dengan capaian sehingga 150 juta tontonan pada peringkat dan dikongsikan di laman Youtube CCJ Media.

Mungkin kerana terlalu gembira dengan pencapaian tersebut, Elon Musk turut berkongsi video berkenaan dengan status berbunyi “Cybertruck yang sedang menunda Porsche 911 boleh mengalahkan Porsche 911 di perlumbaan drag”, iaitu merujuk pada video Cybertruck mengalahkan Porsche 911 .

Status berkenaan telah mendapat tanda sukaan 475,000 telah meraih perhatian pihak polis Fairfax County, yang menyiasat videi berkenaan dan berjaya mengenalpasti pesalah lalu lintas. Kedua dua pemandu telah ditahan dan didakwa atas tuduhan perlumbaan haram dan menghentikan trafik di lebuhraya.

Kedua dua pemandu telah memberi kerjasama dan dilepaskan tanpa jaminan dari pihak polis, namun pihak polis masih mencari individu ketiga yang bertindak mengibarkan bendera semasa perlumbaan bermula.

Lamborghini Aventador S Roadster yang terlibat dalam perlumbaan menggunakan enjin V12 aspirasi normal 6500cc yang menjana sehingga 730 kuasa kuda manakala Tesla Cybertruck Cyberbeast pula menggunakan tetapan 3 motor elektrik menjana sehingga 845 kuasa kuda

Dalam video tesebut, Cybertruck berupaya memecut 0-96km/jam boleh memecut dalam masa 2.6 saat dengan bantuan 13,959 Nm tork, manakala Aventador boleh memecut dari 0-96km/jam dalam masa 3 saat

Google ads
Back to top button