Buletin

DITAHAN POLIS KERANA FERRARI 488 GTB YANG DICURI HABIS MINYAK 

Pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki dari Georgia di San Rafael, California, Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki mencuri sebuah Ferarri 488 GTB dari sebuah pengedar Ferrari. 

Sebenarnya apa yang menyebabkan suspek, Rocky Jimenez ditahan adalah kerana dia meminta wang untuk mengisi minyak. Sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh seseorang yang memiliki sebuah supercar seperti Ferrari 488 GTB.

Ketika tiba di tempat kejadian selepas dihubungi oleh orang awam, pegawai polis mendapat Jimenez berada dalam keadaan mencurigakan. Dia dilihat cuba untuk menuangkan minyak ke dalam tangki kereta.

Menurut Sarjan Lisa Holton, pasukannya kemudian menghampiri suspek dan diberitahu bahawa Ferrari itu sudah berada di kedai selama dua tahun serta Jimenez baru sahaja mengambilnya.

Jimenez memberitahu polis dokumen pemilikan Ferarri 488 GTB itu ada di dalam beg sandangnya. Apabila diperiksa, polis sebaliknya menemui kunci 488 GTB dan beberapa kunci Ferrari yang lain.

BACA: LAFERRARI APERTA NOS RM31 JUTA – SAYANGNYA BILA KERETA JADI BARANG DAGANGAN

Oleh kerana dokumen pemilikan tidak dijumpai, polis menghubungi pengedar Ferrari berkaitan yang kemudian menghantar seorang wakil dan mengesahkan bahawa kereta itu dicuri.  Akhirnya, Jimenez yang berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki mencuri kenderaan, memiliki barangan curi dan bahan kawalan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button