Artikel Pilihan

ICONIC 7 MPV KONSEP ELEKTRIK MEWAH

Kita sudah biasa mendengar Kereta Konsep Elektrik, sama ada yang bertaraf Supercar mahupun hanya bertaraf Super Marhaen (Saga EV misalannya). Nah kini, ada sesuatu yang lebih premium. W Motors dengan bangganya mempersembahkan, MPV Konsep Elektrik Mewah pertama seumpamanya di dunia, Iconic 7.

BACA : NIO EP9 – KERETA ELEKTRIK PALING LAJU DI NüRBURGRING NORDSCHLEIF!

BACA : NORWAY HANYA BENARKAN KERETA ELEKTRIK MENJELANG 2025

MPV Konsep Elektrik yang bertaraf premium ini telah dibina oleh W Motors, sebuah jenama yang turut membina Lykan Hypersport. Sungguhpun demikian, Iconic 7 ini akan menjadi milik bersama antara W Motors dan pengilang dan pemasaran oleh Iconic Motors, sebuah jenama milik syarikat dari China, Tianjin Aiking New Energy.

MPV Konsep Elektrik Mewah ini telahpun dipertontonkan kepada umum sewaktu Shanghai Auto Show April yang lalu menampilkan rupa tipikal sebuah MPV mewah. Bagak dan berkotak. Cuma bagi menampilkan ciri-ciri futuristik, rupa bahagian hadapan telah menampilkan lampu utama yang kecil dan menirus disampil gril hadapan yang memaparkan perkataan Iconic. Rekaan konsepnya tidaklah keterlaluan dan boleh dikatakan sebagai hampir dengan kenderaan produksi sebenar.

Jangkaan untuk produksi sebenar adalah pada tahun 2019 dan unjuran produksi adalah sekitar sebanyak 15,000 unit. Dan jangkaan oleh Iconic Motors yang diterajui oleh Alan Wu, CEO serta R.R. Debbas, CEO W Motors adalah pengeluaran sejumlah 110,000 unit pada tahun 2025. Kelihatan mereka ini cukup serius untuk memasarkan Iconic 7 ini. Manakala kuasa yang bakal dihamburkan daripada motor elektrik yang dibekalkan adalah sekitar 224hp dan mampu membawa sehingga ke angka 400km. Lepas jugalah kalau nak pergi ke JB dari KL ni kan. Malah mereka turut menyasarkan untuk menjadikan ianya sebagai kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya pada 2023. Boleh tahan melangit juga cita-cita mereka ini.

Dari segi rekaan ruang dalaman, ianya bakal menampilkan dengan konfigurasi empat tempat duduk bagi VIP dan juga enam tempat duduk secara standard dengan penggunaan Captain Seat. Sungguhpun menggunakan enam tempat duduk, tapi ianya sudah boleh dianggap sebagai cukup selesa dan selayaknya untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi syarikat bagi membawa Pengurus Besar bersama rakan sejawatnya menghadiri mesyuarat penting dek kerana jarak roda yang cukup panjang, 3000mm.

Iconic Motors turut menyediakan rancangan beberapa tahun untuk memasarkan kenderaan mewah berelektrik ini. Versi facelift dijangka dikeluarkan pada 2022 dan 2023 sebagai tahun untuk mengeluarkan dengan versi tanpa pemandu pula dengan rupa bentuk yang jauh lebih futuristik.

Sumber : Car News China

Google ads

B K

Back to top button