BuletinMotosikal

DOVIZIOSO TUNDUKKAN MARQUEZ DI MOTOGP AUSTRIA

Perlumbaan yang cukup mendebarkan. Itu yang dapat kami simpulkan pada pusingan MotoGP Re Bull Austria yang baru berakhir sebentar tadi.

Sebaik perlumbaan bermula, kesilapan kecil dilakukan oleh Marc Marquez yang membolehkan Quartararo memintas beliau dan Dovizioso.

Quartararo terus memimpin perlumbaan empat lap berikutnya sebelum dipintas semua Dovi dan Marquez.

BACA: “LAUNCH CONTROL ROSAK” – HAFIZH SYAHRIN

Maka bermulakan perlumbaan epik Honda-Ducati di litar favourite Ducati ini. Jika Marquez menang, dia akan catat sejarah baru HRC sementara Dovi juga tidak boleh kalah kerana ia adalah litar yang “dipegang” Ducati sejak tiga tahun yang lalu.

Persaingan tidak berubah dari lap ke tujuh dan hingga penamat perlumbaan. Kedudukan berubah beberapa kali antara Marquez dan Dovi menyaksikan aksi pintas memintas berlaku antara mereka.

Jelas Marquez tidak dapat lari jauh dari kedudukan Ducati berbanding litar lain yang mempunyai laluan lurus yang panjang. Di sini, Dovi terus mengasak dan ketika kelihatan Marquez hampir menamatkan perlumbaan, Dovi berjaya memintas di saat-saat akhir.

Ia kemenangan yang epik dan perlumbaan yang mendebarkan.

Quartararo, pelumba pasukan Satelit Yamaha meninggalkan pasukan Factory Rossi dan Vinales untuk podium keduanya musim ini. Ia pencapaian yang cukup mengagumkan dengan mengambilkira prestasinya yang lebih baik dengan pasukan rasmi Yamaha.

Sementara itu, Hafizh terkeluar dari perlumbaan selepas terbabas. Turut terkeluar ialah Crutschlow, Jack Miller dan Tito Rabat.

Secara keseluruhannya hanya 16 pelumba yang menamatkan saingan.

Tags
Google ads
Back to top button