Buletin

TERSILAP TEKAN PEDAL MINYAK? JANGAN RISAU, TOYOTA ADA PENYELESAIANNYA

Toyota dilapor merancang untuk memperkenalkan satu fungsi keselamatan yang membantu menghalang kemalangan yang disebabkan oleh pemandu tersilap menekan pedal minyak dan bukannya brek.

Sistem yang dijangka diperkenalkan menjelang akhir tahun itu berfungsi melanghalang kenderaan daripada terus meluru ke hadapan apabila pemandu menekan pedal minyak dengan kuat.

Tardahulu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menggesa pengeluarkenderaan supaya memikirkan langkah untuk menangani masalah kemalangan maut yang disebabkan oleh kesilapan mudah, terutama dalam kalangan warga aemas.

Menurut data Agensi Polis Kebangsaan, jumlah kematian yang disebabkan oleh pemandu berusia 75 tahun dan ke atas dilihat terus meningkat sejak empat tahun lalu.

Antara kes yang dicatatkan ialah pemandu tersilap menekan minyak dan bukannya brek.

Toyota dikatakan bakal memasang fungsi baru itu ke dalam kenderaan hibrid yang sememangnya popular di kalangan awarna emas, sekiranya diminta ole pemilik kereta.

Pengeluar kenderaan itu juga akan memastikan kos peranti tersebut tidak melebihi 50,000 yen (RM1,980).  

Tags
Google ads
Back to top button