Buletin

MOTOGP AUSTRIA: MARQUEZ SAMBAR PETAK PERTAMA

Marc Marquez sekali lagi mempamerkan aksi bergaya menguasai petak hadapan MotoGP Austria yang berlangsung hari ini. Dengan catatan 1 minit 23.027 saat, Marquez meninggalkan pelumba kedua hampir 0.5 saat di depan.

Sesi kelayakan yang berakhir tadi meletakkan pelumba Repsol Honda itu sekali lagi di petak hadapan, yang ketujuh bagi dirinya pada tahun ini dan ke 59 sepanjang rekod pembabitannya dalam kelas premier MotoGP.

Beliau diiringi oleh pelumba Petronas SRT Fabio Quartararo dan pelumba Ducati WInnow Dovizioso di barisan hadapan.

Ia adalah pencapaian Dovioso terbaik sejap pusingan di Argentina.

Di litar Red Bull Ring ini Ducati pernah memenangi perlumbaan tiga kali berturut-turut sejak ia kembali ke kalendar MotoGP sejak 2016. Dan menariknya juga ia satu-satunya trek yang tidak pernah dimenangi Marquez.

Dalam sesi kelayakan ini juga Hafizh terpaksa bermula di petak tercorot. Kecederaan yang beliau alami dalam kemalangan sewaktu ujian bersama KTM masih belum pulih sepenuhnya dan ketika ditanya tentang perlumbaan yang akan berlangsung sebentar lagi, beliau tidak meletakkan harapan tinggi. Beliau mengharapkan persembahan terbaik dan menghabiskan perlumbaan di negara pengeluar KTM ini.

Joan Mir pula lebih malang kerana terpaksa berundur kerana turut cedera dalam ujian di Brno, Republik Czech. Jorge Lorenzo juga nampaknya belum pulih sepenuhnya akibat keretakan tulang belakang di Assen dan akan digantikan dengan pelumba wild-card Bradl.

Berikut keputusan penuh sesi kelayakan MotoGP Austria

Google ads
Back to top button