
DS N°4 BAHARU – HATCHBACK PREMIUM BERGAYA DENGAN JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 450 KM
DS Automobiles sekali lagi telah memperkenakan model premium hatchback kompak ke pasaran dengan pengenalan model DS N°4 yang mencerminkan kecemerlangan kepakaran Perancis dan kreativiti yang dekat di hati jenama digabungkan dengan teknologi paling maju.
Model DS N°4 ini direka untuk menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi dan keanggunan yang ekspresif dan berteknologi tinggi. Dengan dimensi ukuran panjang 4.40 m, lebar 1.87 m dan tinggi 1.47 m, DS N°4 mempunyai proporasi yang unik, menggambarkan dinamik dan keanggunan.

Bahagian fascia hadapan jelas sekali kelihatan lebih lebar apabila bahagian bonet telah dilebarkan sehingga 12 mm meliputi bahagian atas gril yang telah diberikan kemasan warna hitam berkilat. Lampu utama menggunakan LED Maxtrix untuk memberikan pencahayaan yang lebih baik. Manakala rekaan DRL yang menegak ini kelihatan hampir serupa dengan model pengenalan DS sebelum ini, N°8 sekali gus memberikan tanda pengenalan yang baharu untuk model DS sendiri.
Dengan bumbung yang dikontrakan dengan warna hitam berkilat serta mempunyai kemasan krom sebagai pemisah dengan warna badan kenderaan memberikan kesan imej bumbung terapung. Manakala rekaan bumbung di bahagian belakang yang dipotong memberikan kesan aerodinamik untuk model N°4 ini.

Yang pasti rekaan bahagian belakang kelihatan cukup kemas dan menarik dari segi rekaan bampar mahupun lampu utama. Terdapat perkataan DS Automobiles dan juga N°4 di bahagian tengah. Juga terdapat rekaan spoiler yang menyatu dengan di bahagian hujung bumbung.
Trenkuasa yang akan ditawarkan untuk N°4 ini meliputi varian hibrid, plug-in hybrid dan juga elektrik sepenuhnya.
Varian N°4 E-TENSE akan menawarkan elektrik sepenuhnya dengan jarak WLTP sehingga 450 km serta output maksimum 213 HP dan 343 Nm yang dipandankan dengan pek bateri 58.3 kWh.

Untuk varian plug-in hybrid, ianya menawarkan jarak yang 30% lebih baik dalam mod elektrik sepenuhnya. Sistem penghantarnya menggabungkan enjin petrol turbocharged 4-silinder 180 hp dan motor elektrik 125 hp, yang diintegrasikan dengan kotak gear automatik dual-clutch eDCT7 baru yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api dan prestasi.
Manakala varian hibrid pula menggandingkan enjin 1.2 liter turbo bersama motor elektrik 21 kW dan juga transmisi dual-clutch auto enam kelajuan.
Bahagian kabin pula kelihatan lebih luas walau pun ianya adalah sebuah model hatchback dengan jarak titik roda sehingga 2.67 mm bagi memberikan ruang yang lebih selesa untuk penumpang mahu pun bahagian but penyimpanan.
Dan untuk setiap varian, terdapat dua lagi spesifikasi PALLAS dan ÉTOILE yang boleh dipilih yang akan dibezakan dengan kemasan tempat duduk serta sistem infohiburanDS IRIS SYSTEM misalannya.
BACA : DS N°8 – KERETA ELEKTRIK YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 755 KM
BACA : DS SM TRIBUTE CONCEPT – MENGIMBAU KENANGAN CITROEN SM TAPI APA PASAL GUNA DS PULA NI?