
RASMI: CF LITE 250NK MOTOSIKAL ‘NAKED’ MAMPU MILIK – RM9,888
CFMOTO Malaysia dengan rasminya memperkenalkan motosikal ‘naked’ 250cc terbaru menerusi CF LITE 250NK yang hadir dengan harga jualan RM9,888.
Untuk rekod, CF LITE merupakan jenama dibawah CFMOTO yang menawarkan model berkapasiti kecil dan mampu milik. Pelancaran CF Lite 250NK ini juga menandakan model seperti Dual 230 berkemungkinan akan ditawarkan di Malaysia kelak.

Atas kertas, CF Lite 250NK ini dipacu enjin satu silinder 249cc DOHC yang berupaya menjana 27hp 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Pakej suspensi pula terdiri dari fork teleskopik berukuran 37mm dan belakang pula menempatkan penyerap hentak tunggal. Menariknya, 250NK ini hanya seberat 158kg.
Brek pula merangkumi cakera tunggal di depan berukuran 292mm dan 220mm belakang. Menariknya, kaliper 4-piston ditawarkan di bahagian depan yang menjaminkan daya membrek yang lebih baik.

Meskipun hadir dengan skrin digital LCD namun masih lagi menawarkan info lengkap termasuk petunjuk gear dan petunjuk minyak. Motosikal in ijuga menawarkan slot USB. Tangki bahan api berkapasiti 12.5L pula menawarkan perbatuan ekstra tanpa pengisian kerap.
Untuk pasaran tempatan, CF Lite 250NK hadir dengan empat warna; Zephyr Blue, Bordeaux Red, Nebula White dan Nebula White.
GALERI: CF LITE 250NK









