Buletin

DS STORE PETALING JAYA DIBUKA – TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF JENAMA DS DI MALAYSIA  

Naza Euro Motors Sdn. Bhd. (Naza Euro Motors), pengedar tunggal kenderaan DS di Malaysia baru-baru ini melancarkan DS Store Petaling Jaya.

Manjadi bilik pameran yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara, ia dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles, Yves Bonnefont dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

Menyerlahkan ruang mewah dan moden gaya Perancis, DS Store Petaling Jaya hadir dengan identiti korporat DS yang dimonopoli oleh tona hitam, merah dan emas champagne. Warna-warna tersebut dapat dilihat dengan jelas pasa bahagian dinding dan lantai premis itu.

Dengan ruang lantai seluas 3,230 kaki persegi,  DS Store Petaling Jaya boleh menempatkan tiga buah kenderaan pada satu-satu masa. Selain menawarkan kemudahan 3S untuk kemudahan pelanggannya.

Di tengah-tengah ruang pameran itu terletak sebuah DS 7 CROSSBACK yang pasti mampu menarik minat sesiapa sahaja. Sebuah Customer Lounge pula membolehkan pelanggan membeli dan membuat ubahsuai kereta mereka, sambil diberi khidmat nasihat oleh kakitangan DS. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih koleksi produk gaya hidup DS yang dipamerkan di satu ruang khas.

BACA: DS 7 CROSSBACK – SUV PREMIUM UNTUK BANGSAWAN

“Dengan sokongan dan visi daripada DS Automobiles dalam merancakkan pengembangan jenama DS di Malaysia, kami merancang melabur sebanyak RM5 juta untuk tujuan pemasaran, operasi dan membika bilik pameran utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

Buat masa sekarang, DS Automobiles mempunyai 450 buah DS Stores di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button