Buletin

DUA HARI LAGI, KITA AKAN LIHAT BERAPA NILAI SEBENAR LAGENDA NSX & S2000 INI

Spoon Sports adalah salah satu jenama yang terkenal di kalangan peminat Honda. Warna asas kuning/biru itu menjadi trademark penting jenama yang diasaskan oleh Tatsuri Ichishima ini berkembang cukup gah di litar perlumbaan. Lama sebelum jenama aftermarket seperti K-Tuned, J’S Racing dan Feel’s wujud.

Dua buah kereta yang ikonik dengan Spoon ialah NSX asli dan Honda S2000. Ia adalah generasi terakhir NSX tahun 2007 dan barisan pengeluaran terakhir S2000 tahun 2013.

Kedua-dua kenderaan ini akan dilelong pada hari pembukaan Tokyo Auto Salon Jumaat ini. 

Ia bukanlah kereta yang kau nak bawak cari makwe di hujung minggu.

Kedua-dua kereta ini telah ditala khusus untuk perlumbaan dengan kesemuanya tela tersedia.

Kerangkanya telah diperkuatkan termasuklah penggunaan rollcage, alat keselamatan dan kombinasi kerangka yang telah teruji dalam beberapa perlumbaan.

Ia juga sarat dengan peralatan prestasi tinggi, pendek kata, ia adalah kereta lejen yang bakal bertukar pemilik tak lama lagi. Sudah tentu, bakal pemiliknya akan jadi antara orang yang paling bertuah di dunia.

GALERI HONDA NSX

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”141″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

GALERI HONDA S2000

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”142″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
Back to top button