Buletin

HONDA MANA KAH YANG LEBIH PANTAS? NSX ATAU CBR1000RR?

Pertelingkahan pendapat sering terjadi antara pertandingan dua jentera ini. Motosikal dan kereta. Seperti yang diketahui kedua-dua jentera ini mempunyai kelebihan masing-masing dari sudut kuasa.

Bagaimanapun motosikal memiliki kekurangan fizik yang belum dapat diselesaikan 100 peratus. Ia kehilangan kawalan traksi dan walaupun dengan peralatan elektronik paling canggih sekalipun, kawalan traksi adalah penentu pecutan awal mana-mana motosikal yang paling berkuasa pun.

Carwow dari Britain telah melakukan ujian pecutan antara dua jentera terpantas yang dihasilkan Honda. NSX dan CBR merupakan produk flagship Honda bagi segmen dua dan empat roda.   

BACA: INILAH NISSAN GTR TERPANTAS DI BUMI

NSX yang memiliki sejumlah 581 kuasa kuda dan 700Nm tork dijana enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar bersama motor elektrik sementara CBR1000RR pula menghasilkan 190 kuasa kuda menerusi enjin empat selinder sebaris 1000cc.

Begitupun, kelebihan CBR1000RR terletak pada berat keseluruhannya yang cuma 200k kilogram berbanding NSX seberat 1,780kg.

Ujian ini dilakukan menerusi dua cara. Pertama kedua-duanya memecut dari keadaan pegun untuk jarak suku batu dan ujian kedua menerusi pecutan “rolling start”.

Jadi siapakah pemenangnya?

Google ads
Back to top button