" "
Buletin

DUA WARNA BARU UNTUK KAWASAKI VERSYS X-250 TOURER, MENDARAT DI JEPUN 1 FEBRUARI

Untuk pasaran Jepun, Kawasaki baru-baru ini mengemaskini penawaran motosikal touring mampu milik Versys X-250 Tourer 2022 dengan dua skema warna baharu.

Anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan gandingan warna Metallic Flat Spark Black/Candy Lime Green, serta sebuah lagi dilayangkan warna Metallic Ocean Blue/Pearl Robotic White.

Lebih menarik, ia hanya tampil dalam versi Tourer sahaja, di mana ia dilengkapi dengan komponen tambahan seperti kotak pannier, pelindung tangan, serta pemasangan lampu kabus sebagai opsyen.

Versys X-250 Tourer ini masih dijana oleh enjin parallel twin 248 cc yang mampu menghasilkan 33 PS @ 11,500 rpm serta daya kilas 21 Nm @ 10,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Harga jualan bermula dari 726,000 yen (RM26,540) dan model baharu ini dijangka tiba di pusat pameran di Jepun pada 1 Februari ini.

Google ads
Back to top button