Motosikal

SOTHEBY BAKAL LELONG HONDA SL350 1971 MILIK BINTANG KOBOI HOLLYWOOD, JOHN WAYNE. DIJANGKA CECAH RM335,000

Honda SL350 milik bintang filem, mendiang John Wayne bakal dilelong Sotheby pada 27 Januari ini.

Jentera klasik berkenaan dijangka akan mendapat bidaan mencecah AS$60,000 (RM251,010) sehingga AS$80,000 (RM334,680).

Motosikal itu pernah digunakan dalam penggambaran dan aksi lagak ngeri filem klasik Big Jake pada tahun 1971 yang dibintangi Wayne.

Bahkan, terdapat beberapa keping gambar pelakon terbabit menunggang motosikal berkenaan dengan memadankan pakaian koboi Ketika penggambaran.

Honda SL350 1971 itu telah menjalani proses restorasi sepenuhnya dan kelihatan agak padu tetapi tidak dimaklumkan berhubung perbatuan motosikal berkenaan.

Biarpun, tidak mendedahkan dokumen restorasi, ia didatangkan dengan dokumen pemindahan pemilikan California yang menunjukkan bahawa pelakon tersebut membeli jentera itu terus daripada American Honda Motor Company pada 21 Disember 1971.

Motosikal klasik itu mendapat khidmat enjin empat lejang 326cc dipadankan transmisi lima kelajuan.

Mungkin ramai tidak mengenali John Wayne tetapi mendiang cukup terkenal dengan filem-filem genre koboi sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1979. – rideapart.

Google ads
Back to top button