Pandu Uji

VW GOLF R – RM245,888

Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengujakan peminat jentera berprestasi tinggi tempatan apabila secara rasminya mengumumkan ketibaan model produksi Golf paling pantas setakat ini, Golf R serba baharu.   

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (3)

“Golf R adalah gabungan teknologi perlumbaan, kuasa sebenar dan kemampuan untuk dipandu pada setiap hari. Ia memberikan pengalaman memompa adrenalin yang dihasilkan oleh rakan sekerja kami di Volkswagen R GmbH demi memuaskan hati pemandu yang inginkan prestasi pemanduan luar biasa,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer.

Golf R generasi kempat dilengkapi unit enjin petrol bersesaran 2.0 liter TSI dengan sistem pengecas turbo dan pancitan terus bahan api. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) enam kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa mengagumkan,  290hp / 280PS.

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (1)

Sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi, Golf R berupaya menghasilkan tork maksimum 380Nm yang boleh diperoleh pada rpm serendah 1,750rpm. Ini membolehkan kereta sports ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 5 saat.

Kombinasi teknologi TSI dan DSG memberikan Golf R penggunaan bahan api yang mengagumkan iaitu 6.9 liter/100km untuk gabungan pemanduan di bandar dan lebuh raya. Ia lebih menjimatkan berbanding model terdahulu, membolehkan pemandu mencapai jarak sejauh 14.5km bagi setiap liter petrol.

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (6)

Golf R lebih menjimatkan minyak berbanding model sebelum ini kerana ia dilengkapi sistem Stop-Start dan janaan bateri. Ia berfungsi menukar tenaga kinetik yang terhasil ketika memandu atau membrek untuk mengecas bateri kenderaan.

Bagi memastikan kawalan yang tiada tandingan ketika berada di atas jalan raya, Golf R mengalihkan kuasa enjin menerusi sistem pacuan semua roda tetap. Dalam kes ini, ia adalah versi terbaharu sistem 4MOTION bersama sistem Haldex generasi kelima. 

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (5)

Dipakejkan bersama teknologi tercanggih, Golf R dibina di atas platform Modular Transverse Matrix (MQB). Binaan MQB yang ringan juga mengurangkan berat Golf R sehingga 46kg.

Meningkatkan lagi pengalaman pemanduan ialah ciri  Dynamic Chassis Control (DCC) dengan Pilihan Profail Pemanduan 5 mode (Tech Pack).  DCC membolehkan pemilik menyesuaikan mode atau profail pemanduan berdasarkan kepada keperluan dan tingkah laku mereka.

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (7)

Dari segi hiburan dan multimedia pula, Golf R dilengkapi ‘Discover Pro’, satu sistem infotainmen dengan paparan skrin sentuh berwarna TFT (Thin Film Transistor) bersaiz lapan inci bersama alat pengesan jarak dekat (Tech Pack) serta sistem navigasi dengan kawalan suara.  Menawarkan pelbagai opsyen ketersambungan seperti port USB, AUX IN dan Bluetooth, sistem ini membolehkan muzik daripada fail MP3, WMA dan AAC dimainkan dengan tajuk lagu daripada slot SD dipaparkan.

Golf R hadir bersama pelbagai ciri keselamatan baharu termasuklah Sistem Brek Multi-Pelanggaran yang akan menekan brek secara automatik sebaik sahaja pelanggaran awal dikesan.

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (8)

Golf R juga dipasang dengan tujuh beg udara, stereng progresif, sistem brek anti kunci (ABS), Electronic Stability Control (ESC) dua tahap, perehat kepala hadapan yang dioptimumkan aspek piatnya (Whiplash), Sistem Penggera Anti-Kecurian dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). Apabila butang ESC ditekan lebih daripada tiga saat, sistem itu dinyahaktifkan sepenuhnya untuk pemanduan profesional di atas trek perlumbaan. Ciri penyahaktifan ini hanya ada pada model Golf R dan bukannya untuk siri Golf yang lain.

Dibina dengan teliti menggunakan materal terbaik, Golf R baharu dilengkapi stereng “R” multi fungsi yang dibalut kulit, tempat duduk kulit Alcantara  dengan logo “R” serta kemasan “Carbon Touch” “R” pada papan pemuka dan panel pintu. Ruang itu juga dipasang kemasan berwarna hitam (Piano Black) pada konsol tengah, paparan multi-fungsi “Premium” dengan fungsi Lap Timer, iluminasi panel pintu hadapan dan scuff plat.

DB2013AU01152

Model sports kompak ini dipasang dengan lampu membaca LED pada bahagian dan belakang, lampu LED pada kaki, cermin pandang belakang anti silau dan pendingin hawa bersama kawalan suhu dua zon “Climatronic”.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemandu, pakej Tech Pack menyaksikan penambahan upholsteri kulit “Vienna”, tempat duduk boleh laras secara elektrik sehingga 12 cara, kawalan jelajah dengan pengehad pecutan serta sistem penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci KESSY.  

DB2013AU01151

Golf R yang merupakan antara model kompak paling sporty di dunia dipasang dengan  rekaan signatur bampar hadapan “R”, gril hadapan rekaan “R”, bampar belakang “R” dengan peresap udara, lampu utama “R” jenis Bi-xenon dengan lampu daytime running lights (DRL) LED dan lampu membelok yang dinamik.

Karekter Golf R diserlahkan lagi menerusi penggunaan rim aloi “Cadiz” bersaiz 18 inci yang baru direka bentuk, cermin sisi krom matt, paip ekzos berkembar dan lampu belakang LED berwarna merah gelap.

VW-Golf-R-RM245,888-mekanika (9)

Versi Tech Pack pula menampilkan lebih inovasi. Ini termasuklah rim aloi “Cadiz” bersaiz 19 inci, bumbung panoramik dan kamera pandang belakang ‘Rear Assist’.

Golf R baharu didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu biru, merah, putih dan hitam. Sudah boleh ditempah di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia mulai 6 Jun, Golf R baharu ditawarkan  pada harga RM245,888 seunit, sementara pilihan Tech Pack pula berharga RM285,888. 

Maklumat lanjut mengenai Golf R baharu, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button