Buletin

SUV ULTRA MEWAH ROLS-ROYCE CULLINAN KINI DI MALAYSIA – RM1.8 JUTA (TIDAK TERMASUK CUKAI)

Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur baru-baru ini memperkenalkan SUV paling mewah untuk pasaran Malaysia, Cullinan. 

Cullinan ditawarkan pada harga RM1.8 juta seunit, tidak termasuk insurans, cukai dan sebagainya. Jentera tersebut ditawarkan berikutan penerimaan pengguna terhadap SUV dilihat terus meningkat. 

Pasaran SUV di Malaysia dilapor meningkat sebanyak 30 peratus. Justeru, penawaran Cullinan adalah selari dengan permintaan yang memberangsangkan dari seluruh dunia 

Pengurus Jualan Rolls-Royce Motor Cars Rantau Asia Pasifik, David Kim yakin Cullinan akan berjaya di Malaysia.

Malah beberapa unit SUV itu sudahpun ditempah oleh golongan diraja dan usahawan berjaya. 

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada Mei tahun ini. Ia dikuasakan oleh enjin turbo berkembar bersesaran 6.75 liter baharu yang mampu menjana 563hp dan tork 850Nm.

Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam maca cumq 5.1 saat dengan pecutan maksimum 250km/j.  

Cullinan yang merupakan model SUV pertama Rolls-Royce bersaing dengan beberapa SUV mewah lain seperti Bentley Bentayga dan Lamborghini Urus. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button