
DUCATI MALAYSIA TAWAR #RIDE4FREE UNTUK JENTERA DUCATI MONSTER 937, HYPERMOTARD 950 DAN RVE
Ducati Malaysia kini menawarkan #Ride4Free bagi jentera Ducati Monster 937, Hypermotard 950 atau Hypermotard RVE dan nikmati ansuran sehingga empat bulan secara percuma.
Untuk rekod, Ducati menawarkan tiga varian iaitu Hypermotard 950, Hypermotard 950 RVE dan Hypermotard 950 SP di pasaran Malaysia.
Di sini, Ducati Hypermotard 950 2023 dijual pada harga RM79,900 hingga RM122,900.

Selain dilengkapi sistem elektronik termaju Ducati, Hypermotard 950 diinspirasikan daripada rekaan motard bersama ekzos berkembar di bawah pelana, komponen mekanikal yang terdedah dan kerangka trellis ringan.
Aspek ergonomik motosikal tersebut memberikan posisi tunggangan menegak, pegangan hendal lebar serta tempat duduk rata untuk memberikan kawalan terbaik.
Manakala untuk model 950 RVE pula didatangkan bersama livery yang diinspirasikan daripada elemen ‘Graffiti’ di samping dibina berdasarkan jentera konsep Hypermotard 950.
Hypermotard 950 serta 950 RVE digerakkan oleh enjin Ducati Testastretta dua silinder bersesaran 937cc, berupaya menghamburkan kuasa 114hp pada 9,000rpm, 96Nm tork maksimum pada 7,250rpm dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.
Bagi Ducati Monster 937, bahagian tempat duduk hadir pada ketinggian 820mm tetapi boleh diselaraskan sehingga 775mm dengan pilihan kit suspensi.
Bar hendal lebih rapat ke arah penunggang sekali gus membantu pengendalian jentera terbabit malah turut dilengkapi panel TFT 4.3 inci.
Ducati Monster 2021 dipacu oleh enjin 937cc L-Twin Testastretta 11 darjah, menjana kuasa 111hp dan tork 93Nm.
Ia turut dipadankan transmisi baharu klac enam kelajuan serta sistem Quick Shift Up/Down.
Antara ciri-ciri menarik lain termasuklah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TC), Wheelie Control dan Bantuan Brek (BA).
Kepada yang berminat tawaran eksklusif ini, lawati bit.ly/DucatiTests untuk mendaftar #Ride4Free atau kunjungi bilik pameran Ducati terdekat.







