Buletin

BEG SISI BERSENTUHAN DENGAN EKZOS, DUCATI PANGGIL SEMULA DUCATI DESERTX 2023

Gara-gara beg kit bersentuhan dengan ekzos, Ducati Amerika Utara terpaksa memanggil semula Ducati Performance DesertX 2023 kerana terdapat risiko kerosakan atau kemalangan.

Menurut kronologi Ducati, syarikat itu mula menyiasat laporan beg sebelah kanan dari kit ini bersentuhan dengan ekzos pada Januari 2023. Beg tersebut dilaporkan sebahagiannya mengalami kerosakan namun tidak terbakar.

Ducati menambah bahawa tiada satu pun daripada kejadian ini menyebabkan kemalangan atau kecederaan.

Jelas Ducati, terdapat dua faktor terjadinya beg bersentuhan dengan ekzos. Pertama, arahan pemasangan kit tidak ditulis dengan betul. Kedua, ia melibatkan subframe sokongan pannier sebelah kanan yang akan direka semula.

Mengenai rekaan semula, Ducati bakal menanggung segala kos bagi menggantikan versi sebelumnya.

“Tarikh pemberitahuan pemilik dijangka antara 13 April dan 19 April 2023,” kata jurucakap Ducati.

Untuk makluman, terdapat dua cara pembaikan dilakukan iaitu Ducati membekalkan arahan yang dikemaskini. Ia tidak akan mengambil tempoh begitu lama tetapi bagi pemasangan subframe, proses memakan masa sekitar 90 hari.

Google ads
Back to top button