
DUCATI LANCAR DESERTX DISCOVERY UNTUK KAKI ‘ADVENTURE’ SEJATI
Kami percaya setiap motosikal dibina khas untuk tujuan tertentu dan kerana itu kami berasakan ianya satu kerugian jika anda membeli BMW GS sekadar untuk ke kedai kopi terdekat dan bukannya mengguna pakai motosikal adventure tersebut untuk kegunaan ‘off-road’.

Sehubungan itu, Ducati telah memperkenalkan DesertX Discovery bagi penggemar sejati dunia ‘off-road’.
DesertX Discovery mengguna pakai DesertX Rally sebagai asas namun telah dinaik taraf dengan kelengkapan yang lebih lasak termasuk pelindung tangan yang lebih kukuh, pelindung enjin, pelindung radiator dan pemanas tangan.




Ducati turut melengkapkan DesertX Discovery ini dengan penghadang angin lebih besar serta ‘center stand’ agar motosikal ini lebih mudah diletakkan dalam apa jua keadaan selain memudahkan penunggang melakukan pembaikan sekiranya perlu.

Atas kertas, DesertX Discovery ini kekal menawarkan 110hp dan 92Nm yang dibekalkan enjin Testastretta 937cc dengan sistem penyejuk cecair.
Ketika ini untuk pasaran tempatan hanya DesertX standard sahaja ditawarkan.
GALERI: DUCATI DESERTX DISCOVERY












