
HONDA CIVIC TYPE R FL5 RASMI DILANCARKAN – 19 UNIT SAHAJA, 319PS, HARGA BERMULA RM399K
Honda Civic Type R FL5 kini secara rasmi dilancarkan untuk pasaran tempatan dan hanya tersedia 19 unit sahaja.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Honda Civic Type R FL5 menerima tiga tip ekzos di bahagian tengah, serta rim 1 inci lebih kecil berbanding model terdahulu (19 inci) dengan balutan tayar Michelin Pilot Sport 4S saiz 265/30 ZR19.
Di bahagian dalam, Honda Civic Type R FL5 membawakan susun atur papan pemuka sama seperti model Civic standard, tetapi sudah tentu ada sedikit perubahan seperti balutan bahan berwarna merah di bahagian tempat duduk, diikuti tombol gear manual dan plak bernombor.

Perincian lain termasuklah dimuatkan skrin infotainmen bersaiz 10.2-inci, skrin kluster digital dengan dua paparan berbeza, serta roda stereng balutan kulit yang lebih ringkas kemasannya.
Bagi kelengkapan keselamatan, ia dilengkapi lapan-beg udara, dan juga pakej bantuan pemanduan Honda Sensing dengan fungsi Collision Mitigation Braking System (CMBS), Road Departure Mitigation (RDM) System, Forward Collision Warning (FCW) System, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lead Car Departure Notification System (LCDN) serta Auto High Beam Headlights (AHB).
Dari segi kuasa, Honda Civic Type R FL5 dijana oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter K20C1, berupaya menghasilkan 319PS dan 420Nm serta dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.
Untuk harga, Civic Type R 2023 boleh dimiliki pada harga bermula dari RM399,900.
GALERI:













- BACA: HONDA CIVIC TYPE R FL5 2023 RAMPAS KEMBALI GELARAN JENTERA FWD PALING PANTAS DI LITAR NURBURGRING
- BACA: BIMS 2023: GALERI HONDA CIVIC TYPE R FL5, HARGA LEBIH SETENGAH JUTA RINGGIT DI THAILAND
- BACA: SENARAI FINALIS WORLD CAR OF THE YEAR 2023 DIDEDAHKAN – HONDA CIVIC TYPE R TIDAK TERSENARAI
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R MILIK MAX VERSTAPPEN KEMBALI DIJUAL, SIAPA NAK?