Artikel PilihanBuletin

KECACATAN STERENG KUASA, SUBARU HENTIKAN PENGELUARAN DAN LAKUKAN SIASATAN MENYELURUH

Subaru mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi kilang Yajima, kemudahan pemasangan tunggal syarikat itu di Jepun, selepas menemui kemungkinan kecacatan dalam unit stereng kuasa elektrik.

Pengeluaran di salah satu daripada kilang Subaru terpenting di dunia dihentikan pada 16 Januari lalu, dengan risiko kecacatan rekaan yang mungkin melibatkan model Impreza, Forester dan XV, seperti yang dilaporkan siaran akhbar syarikat itu.

BACA: SUBARU STi S209, PALING BERKUASA SETAKAT INI

Dalam masa yang sama, pengeluaran semua model lain juga telah berhenti (Legacy, Outback, Revor, WRX, BRZ, Toyota 86) kerana mereka menggunakan barisan pemasangan yang sama.

Siasatan Subaru mengenai komponen yang cacat tersebut masih dilakukan, dengan memberitahu bahawa produksi model yang mungkin terlibat adalah antara pengeluaran bulan Disember 2018 hingga 16 Januari.

Pembuat kereta itu Jepun mengatakan bahawa apabila kerosakan berlaku, ia menyebabkan lampu unit kawalan stereng muncul dalam panel instrumen dan stereng akan kehilangan semua bantuan, menjadi lebih berat daripada biasa.

Subaru menasihati pelanggannya untuk berhenti memandu dengan serta-merta dan menghubungi pengedar  tempatan mereka, sekiranya berlaku keadaan sedemikian.

Masih belum diketahui bila pengeluaran di Yajima akan disambung semula. Sehingga siasatan tersebut selesai dan punca diketahui, semua pengeluaran dari kilang Jepun mereka akan dihentikan sepenuhnya .

Google ads
Back to top button