BuletinMotosikal

DUCATI PANIGALE V4 TERBAKAR – APA KES NI?

Motosikal Ducati memang diketahui kebanyakannya beroperasi dalam suhu panas. Ia berlaku kerana rekaan paip keluar pada ekos di bahagian selinder belakang terletak sangat hampir dengan pelana motosikal.

Model seperti Panigale lebih kritikal kerana punggung akan terasa cepat panas ketika berhenti di lampu isyarat contohnya.

Dalam forum Ducati , seorang pengguna bernama Nitrouz melaporkan motosikal Ducati Panigale V4 beliau terbakar secara tiba-tiba di sebuah jalanraya yang sibuk di Vancouver, British Columbia.

BACA: DUCATI V4 DALAM TEROWONG ANGIN

Nitrouz memberitahu, beliau menunggang motosikalnya seperti biasa di dalam kawasan bandar dan tiba-tiba terhidu bau benda terbakar. Ketika menoleh ke bahagian bawah, beliau mengesan kebakaran kecil di bahagian enjin. 

Beliau terus berhenti di tepi jalan dan tiada apa yang dapat dilakukannya. Hampir sepertiga bahagian motosikalnya hangus dijilat api sebelum berjaya dipadamkan.

Pihak Ducati Amerika Utara pantas menghubungi Nitrouz untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Serentak dengan itu juga, Nitrouz telah memadamkan status asal beliau dalam forum tersebut dan memberitahu bahawa beliau berpuashati dengan tindakan pantas pengedar tersebut.

BACA: DUCATI V4, MOTOSIKAL TERCANTIK 2017

Kebanyakan pembaca memuji tindakan Ducati Amerika Utara yang pantas menyiasat kejadian tersebut dan berharap ia cuma kes terpencil.

Walaupun gusar, mereka percaya Ducati akan melakukan siasatan teknikal yang terperinci bagi model baru ini supaya ia kekal selamat di atas jalanraya.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button