Buletin

DUCATI PERKENAL STREETFIGHTER 2023, V4, V4 S DAN V4 SP2 SEKALIGUS!

Ducati Streetfighter diperkenalkan pada 2020 dan pengguna tempatan boleh merasai model V2 dan V4 SP 2022 pada harga RM101,900 dan RM239,900.

Ducati memang rajin memperbaharui model keluarannya dan terbaru memperkenalkan tiga model Streetfighter 2023 sekaligus iaitu V4, V4 S dan V4 SP.

Secara amnya, Streetfighter 2023 adalah Panigale V4 yang ‘ditogelkan’ iaitu tanpa fairing, hendal tinggi dan lebar, enjin Desmosedici Stradale 208 kuasa kuda (hp), berat 178 kilogram (kg), sayap kembar dan pakej elektronik terbaru.

Berikut adalah ciri-ciri Ducati Streetfighter 2023 dengan V4 S dan V4 S SP2 berkongsi komponen asas dan pakej lebih istimewa.

Enjin

  • Desmosedici Stradale 1,103 cc dengan kuasa 208 hp pada 13,000 rpm dan 123 Nm (Euro-5)

Reka bentuk

  • Pelana tunggal dengan pelana pembonceng dan pemijak kaki belakang dibekalkan sekali untuk diguna bila perlu
  • Lampu LED penuh dan DRL bentuk V

  • Bentuk tangki minyak sama seperti Panigale V4 2022 yang direka lebih baik untuk memberi sokongan kepada penunggang ketika membrek dan mengambil selekoh
  • Pelindung sisi baharu
  • Bingkai depan baharu dan enjin dibiarkan tanpa penutup dan terdedah
  • Warna baharu Grey Nero untuk Streetfighter V4 S

Pakej elektronik

  • Streetfighter V4 dibekalkan Mod Kuasa (Power Mode) seperti Panigale V4 dan V4 S dengan kalibrasi khusus untuk Streetfighter
  • Empat mod iaitu Full dan High ciri baharu, Medium dan Low menggunakan tetapan baharu
  • Mod Full beroperasi tanpa halangan kecuali pada gear pertama

  • Mod Medium menggunakan tetapan Ride by Wire baharu dengan kalibrasi khusus untuk setiap enam gear bagi memastikan penunggang menikmati tujahan optimum setiap kali pendikit dipulas.
  • Mod Low direka untuk pemanduan di atas permukaan dengan cengkaman rendah dan kuasa maksimum dihadkan kepada 165 hp dan respon pendikit yang sederhana
  • Mod Wet baharu untuk pemanduan yang lebih selamat di atas permukaan yang kurang cengkaman
  • Bateri litium-ion baharu untuk Streetfighter V4 S iaitu 1.7 kg lebih ringan berbanding model sebelum ini dan sama seperti Streetfighter V4 SP

  • Paparan sama seperti Panigale V4 dengan mod Track Evo seperti motosikal lumba Desmosedici MotoGP
  • Perisian Kawalan Brek Enjin (EBC) Baharu EVO 2 yang memberikan tunggangan lebih stabil, ketepatan dan kerahan semasa pembrekan dan fasa kemasukan selekoh
  • Pemetaan Tukaran Cepat Ducati (DQS) baharu yang menambah baik kelancaran penukaran gear pada setiap darjah bukaan pendikit
  • Pemetaan kawalan kipas penyejukan baharu untuk keselesaan buat penunggang pada kelajuan biasa

Casis dan suspensi

  • Penyerap hentak larasan manual pada Streetfighter V4 standard
  • Suspensi separa aktif Öhlins (NIX30 43 mm dan penyerap hentak TTX36) dengan antara muka SmartEC 2.0 untuk Streetfighter V4 S
  • Roda aluminium aloi Marchesini untuk Streetfighter V4 S
  • Darjah pangsi (pivot) lengan ayun 4 milimeter (mm) lebih tinggi dan sama seperti Panigale V4
  • Pembahagian berat yang bias ke depan

Ducati Streetfighter V4 SP2

  • Model andalan dengan nombor siri
  • Grafik badan khas ujian musim sejuk (Winter Test) yang direka oleh Centro Stile Ducati dan diinspirasi dari ujian pra musim MotoGP dan SBK.
  • Kombinasi badan warna hitam kusam dan karbon kusam pada rim dan sayap dan berlawanan dengan riasan merah dan tangki minyak brushed aluminium
  • Rim gentian karbon dengan berat 1.4 kg lebih ringan berbanding rim aloi pada Streetfighter V4 S dan pengurangan inersia sehingga 26 peratus di depan dan 46 peratus di belakang

  • Angkup brek depan Brembo Stylema R®
  • Enjin Desmosedici Stradale dengan klac kering STM-EVO SBK
  • Suspensi Öhlins dengan gegelung dan hidraulik sama seperti Panigale V4
  • Pemijak kaki aluminium boleh laras

Ducati Streetfighter V4 dan V4 S akan berada di bilik pameran di Eropah bermula Januari 2023 manakala Streetfighter V4 SP2 pula pada Mac 2023.

BACA: INI DUCATI MotoE, TAK ADA ENJIN DAN GUNA ELEKTRIK!

BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 PIKES PEAK, MULTISTRADA PALING SPORTI DIKELUARKAN!

BACA: DUCATI PANIGALE V4 2023 DAPAT PAKEJ ELEKTRONIK BAHARU!

Ducati Streetfighter V4 S 2023

Ducati Streetfighter V4 S SP2 2023

Google ads
Back to top button