Motosikal

DUCATI MULTISTRADA V4 PIKES PEAK, MULTISTRADA PALING SPORTI DIKELUARKAN!

Mengikuti perjalanan Ducati beberapa tahun ini memang menyeronokkan. Pengeluar dari Itali itu kelihatan agresif dan konsisten mengeluarkan model baharu dan versi kemaskini untuk dihidangkan kepada pasaran.

Cumanya Ducati masih belum berjaya di dalam kemuncak perlumbaan dunia dua roda MotoGP.

Andai kata berjaya, jenama Ducati pasti lebih sempurna apatah lagi sudah memegang rekod gemilang di dalam kejuaraan WSBK. 

Satu perkara menarik tentang motosikal Ducati ialah identitinya yang konsisten. Tidak ada siri model yang dikeluarkan satu ke barat dan satu lagi ke selatan.

Identiti yang konsisten itu membentuk satu penjenamaan Ducati yang kuat dan meletakkannya pada kelas  tersendiri.

Dengan itu tidak menghairankan apabila motosikal Ducati menjadi penanda aras pengeluar lain. 

Terbaru Ducati memperkenalkan model baharu Multistrada V4 Pikes Peak 2022 yang dikatakan sebagai Multistrada paling sporti pernah dikeluarkan.

Pikes Peak merujuk kepada perlumbaan ‘mendaki ke awan’ di Colorado, Amerika Syarikat yang kini tidak lagi dianjurkan untuk motosikal.


Apa yang Ducati buat sebenarnya ialah perkemaskan lagi Multisrada V4 sedia ada dan memuatkannya dalam satu pakej menarik.

Bahagian yang disentuh Ducati untuk Multisrada V4 Pikes Peak ialah tetapan casis, ergonomik, kawalan elektronik dan penggunaan komponen khas.

Berikut disenaraikan ciri-ciri Ducati Multisrada V4 Pikes Peak 2022:

Enjin V4 Granturismo kompak dan ringan.

  • Enjin V4 Granturismo 1160cc.
  • Kompak dan ringan, berat enjin 66.7kg sahaja.
  • 170hp dengan tork maksimum 125Nm pada rpm 8,750.
  • Sela pemeriksaan valve clearance pada setiap 60,000 km.
  • Mod Race Riding, pertama untuk siri Multistrada dengan penghad rev secara beransur-ansur agar penunggang lebih berwaspada (alert) dengan had yang ditetapkan.  
  • Quickshifter dengan tetapan yang membolehkan penurunan gear lebih agresif.
  • Respon pendikit yang lebih direct dalam mod High Power.

Casis dan pengendalian

  • Berat keseluruhan 4 kg lebih ringan daripada Multistrada V4 S.
  • Rangka aluminium monocoque dengan sudut steering head diubah dari 24.5 darjah pada Multistrada V4 kepada 25.75 darjah untuk Multistrada Pikes Peak V4.
  • Trail dan geometri wheel base yang dilaras semula untuk karakter lebih sporti pada Multistrada Pikes Peak V4.
  • Roda aluminium forged Marchesini saiz 17 inci (turun daripada 19 inci) dan 2.7 kg lebih ringan berbanding roda Multistrada V4 S.
  • Tayar sport untuk jalanan dengan saiz 120/70 depan dan 190/55-17 belakang.
  • Suspensi Öhlins Smart EC 2.0 seperti Panigale V4 S dan Streetfighter V4 S dengan pelarasan tetapan secara automatik mengikut gaya tunggangan.

Sistem brek

  • Sistem pembrekan sama seperti Panigale V4. 
  • Cakera depan 330 mm dengan angkup monobloc Brembo Stylema sama seperti Multistrada V4 S dengan pad Panigale V4.
  • Cakera belakang 265 mm dengan angkup terapung Brembo.

Reka bentuk dan komponen khas

  • Grafik khas Pikes Peak dengan pengaruh motosikal lumba Desmosedici GP 2021.
  • Eksoz titanium Akrapovič dan peredam (silencer) karbon.
  • Tempat duduk belakang dua warna hitam dan merah dengan logo V4.
  • Logo Ducati Corse pada beak depan.

Ergonomik

  • Kedudukan yang direka khas untuk kawalan maksimum dan sudut baring yang dioptimum.
  • Perehat kaki lebih tinggi dan ke belakang berbanding Multistrada V4 untuk sudut baring maksimum.
  • Hendal lebih rendah dan rapat dengan bentuk melengkung.
  • Gaya tunggangan lebih sporti.

Sistem elektronik

  • Pakej elektronik dari Multistrada V4 S. 
  • Radar depan dan belakang.
  • Fungsi Adaptive Cruise Control (ACC) dan Blind Spot Detection (BSD).
  • Ducati Wheelie Control dengan respon lebih baik dan kawalan lebih tepat semasa tunggangan berprestasi.
  • Tetapan ABS Cornering untuk tunggangan lebih selamat dalam pelbagai keadaan.
  • Skrin 6.5 inci TFT dan Ducati Connect untuk sambungan telefon pintar.

Ducati Multisrada V4 Pikes Peak 2022 akan mula berada di bilik pameran Eropah pada penghujung tahun ini.

Di negara kita, Ducati Mulstistrada V4 dan V4 S 2021 sudah berada di pasaran pada harga RM135,900 dan RM146,900.

BACA: DUCATI PANIGALE V2 BAYLISS, EDISI KHAS JUARA WSBK!

BACA: DUCATI MULTISTRADA V2 2022, YANG INI PUN DAH BAGUS!

BACA: DUCATI MONSTER 2021 MASUK PASARAN MALAYSIA. RM69,900 SEUNIT

Google ads
Back to top button