Buletin

MITSUBISHI MIRAGE MASIH ADA DI JEPUN, DARIPADA RM47.2K!

Tahukah anda? Mitsubishi Mirage masih dijual di Jepun! Mirage generasi keenam mula dikeluarkan pada 2012 dan sebagai sebuah model global dijual di banyak buah negara seperti di Eropah, Thailand dan Amerika Syarikat (AS).

Di pasaran tempatan pun ada termasuk model sedan yang dikenali sebagai Attrage atau Mirage G4 di AS.

Walaupun lama di pasaran tidak bermakna Mitsubishi membiarkan Mirage begitu sahaja dan diberi wajah baharu sebanyak dua kali iaitu pada 2015 dan 2019.

Setakat Mei 2022, jualan global Mirage sekitar 820,000 unit! Hebat bukan?

Untuk pasaran Jepun, model 2022 dipertingkatkan dengan naik taraf kecil seperti cermin depan ditukar daripada 99 peratus potongan ultra unggu (UV) kepada 99 peratus potongan UV dan infra merah (IR).

Cermin baharu itu dapat mengurangkan haba dan rasa panas disebabkan cahaya matahari dan memberikan keselesaan pada musim panas.

Selain itu, keselesaan pada musim sejuk juga dipertingkatkan dengan spesifikasi suhu sejuk dijadikan ciri standard berbanding pilihan pada model sebelum ini.

Dari segi mekanikal pula, Mirage 2022 kekal dengan enjin 1.2 liter MIVEC tiga silinder, transmisi CVT INVECS-III dan pacuan roda depan.

Berikut ialah varian dan harga Mitsubishi Mirage 2022:

  • Mirage M – 1,457,500 yen (RM47,231.39)
  • Mirage G – 1,584,000 yen (RM51,330.72)
  • Mirage Black Edition – 1,611,500 yen (RM52,214.54)
  • Mirage Black Edition dua tona – 1,628,000 yen (RM52,740.56)

Jualan Mirage 2022 di Jepun bermula pada 9 September 2022 dan dengan usia yang panjang apakah perancangan seterusnya?

Pada April lalu Mitsubishi telah pun mendedahkan gambar acah Colt, sebuah model kompak ikonik yang diperkenalkan pada tahun 1962.

Model itu akan berkongsi dengan Renault Clio dan bakal dilancar pada 2023.

BACA: MITSUBISHI DELICA MINI, BAKAL DILANCAR PADA 2023!

BACA: MITSUBISHI DELICA D:5 TOUGH X TOUGH, SIAP DENGAN AKSESORI RALLIART

BACA: MITSUBISHI VISION RALLIART CONCEPT DIDEDAHKAN

Google ads
Back to top button