Motosikal

HONDA MAHU DANI PEDROSA JADI PENUNGGANG UJI PASUKAN UNTUK MUSIM 2019

Honda menyatakan bahawa ia berhasrat untuk mengekalkan bekas pelumbanya, Dani Pedrosa pada musim depan sebagai seorang penunggang uji.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Pedrosa telah mengumumkan persaraan pada musim perlumbaan 2018, selepas tempatnya dalam pasukan Honda diambil alih oleh Jorge Lorenzo.

Pedreosa sebelum itu dilapor mempertimbangkan tawaran menyertai pasukan satelit baharu SIC Yamaha, dia kemudian mengambil keputusan untuk bersara.

Pelumba kelahiran Sepanyol yang memulakan kerjaya perlumbaannya sejak tahun 2006 itu berkata, dia berharap dapat terus bekerja di paddock MotoGP.

Namun begitu, ketua pasukan Honda, Alberto Puig menegaskan apa jua keputusan adalah di tangan Pedrosa sendiri. “Dia tahu pandangan dari Honda. Jika dia mahu jadi seorang penunggang uji yang kami sendiri masih belum pasti, itu adalah keputusan dia,” kata Puig.

Pedrosa mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk menilai tawaran tersebut. “Buat masa sekarang, saya masih belum pasti apa yang ingin dilakukan. Saya sudah bersama pasukan Honda begitu lama. Mereka kenal dan tahu bagaimana saya bekerja,” jelas Pedrosa.

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button