Buletin

DYBALA BELANJA DIRI SENDIRI LAMBO AVENTADOR. RAI 100 JARINGAN GOL BERSAMA JUVENTUS

Penyerang prolifik Juventus, Paulo Dybala meraikan kejayaan menjaringkan 100 gol untuk kelab legenda Itali itu dengan ‘membelanjakan’ diri sendiri sebuah Lamborghini Aventador.

Dybala yang membuat penampilan sebanyak 251 kali bersama Juventus merupakan antara penyerang digeruni dalam liga Serie A.

Pemain kelahiran Argentina itu memilih model Aventador S Roadster yang mendapat khidmat enjin V12 mampu memecut 0-100 km/j dalam temph 3 saat sahaja.

Menurut Dybala, dia hanya membeli sandwich pada kali terakhir mencapai peristiwa penting dalam kerjaya bola sepaknya.

“Saya menunggu selama beberapa tahun sebelum membuat keputusan membeli jentera berkenaan. Ia merupakan satu penghormatan memiliki sebuah Lamborghini.

“Lamborghini perlu berwarna kuning. Saya sangat suka dengan rupa paras jentera ini yang memberi impak dan bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

Dybala merupakan pemain bukan Eropah yang pertama mencatat 100 jaringan untuk Juventus. -carscoops

Google ads
Back to top button