Buletin

PEMILIK LAMBORGHINI TITIS AIR MATA, PENUHI IMPIAN YOUTUBER OKU

“Tolong jangan takut. Saya akan berkelakuan seperti kanak-kanak apabila berasa gembira”

Tutur kata tersebut diluahkan seorang YouTuber Orang Kelainan Upaya (OKU) dikenali sebagai Little Giant selepas pemilik jentera Lamborghini, Andy Popescu memecut supercar itu.

Andy yang tidak dapat menahan sebak terus menitiskan air mata selepas mendengar kata-kata Little Giant apatah lagi dia menceritakan tentang kehidupannya sering dipinggir orang ramai kerana keadaan dirinya yang OKU.

Bahkan, ketika zaman kanak-kanak, Little Giant pernah diludah malah ditertawakan kerana berlainan daripada orang lain.

Menurut Andy yang merupakan seorang YouTuber, dia menerima mesej Little Giant melalui platform Instagram mengatakan ingin membuat vlog di dalam jentera Lamborghini.

“Dia turut meminta izin untuk memasang kamera di dalam kereta supaya dapat membuat rakaman untuk saluran Youtube miliknya, Micul GiganT.

“Apa yang anda tonton, merupakan perbualan secara spontan dan tidak berdasarkan skrip ataupun dirancang untuk kandungan YouTube,” jelasnya.

Video memaparkan sisi keprihatinan Andy Popescu memenuhi impian insan OKU menjadi viral di media sosial.

Melalui saluran YouTube Andy Popescu, ia meraih lebih 1.4 juta tontonan. – YouTube Andy Popescu

Google ads
"
"
Back to top button