
EA888-ENJIN VOLKSWAGEN PALING LASAK & POWER. JEPUN PUN PENING
Volkswagen adalah antara pengeluar berpengaruh di dunia, dengan jualan tahunan global berada di tempat kedua berupaya menjual sehingga 9.2 juta unit kenderaam setahun. Walaupun pernah dikritik dengan isu Dieselgate dan juga masalah kualiti enjin, namun kebanyakan enjin 4 silinder petrol turbo Volkswagen sekarang adalah tahan lasak dan berkuasa
Malah enjin EA888 bukan sahaja digunakan pada model Golf GTi, Jetta, dan Passat tapi turut digunakan pada kebanyakan model yang berada di bawah naungan Volkswagen seperti Audi, Skoda dan juga Seat. Ia diberi penalaan yang berbeza bagi menjana kuasa yang lebih baik pada model Arteon, Golf R dan model sport keluaran Volkswagen
Enjin EA888 telah dihasilkan dalam 3 generasi dan kali terakhir ia dinaikaraf ialah pada tahun 2018 bagi meningkatkan kuasa yang dihasilkan dan juga menjadikannya lebih efisyen. Proses ini dicapai dengan meningkatkan nisbah mampatan enjin dan menjadikannya lebih sejuk sewaktu enjin sedang beroperasi.
Generasi ke 3 enjin EA888 ini mula muncul pada model Tiguan 2018 dan seterusnya digunakan untuk model Beetle, Passat dan Golf. Bagi menjadikan enjin ini lebih sejuk perongga ekzos “ditanam” dalam kepala silinder supaya dekat dengan sistem penyejukan enjin.
Kaedah ini bukan sahaja menjadikan enjin lebih sejuk dan tidak terdedah kepada masalah ketukan, tetapi memendekkan perjalanan gas ekzos ke turbin sekaligus mengurangkan isu turbolag. Dalam jangka masa yang panjang, menurunkan suhu mampu memanjangkan jangkahayat komponen enjin EA888.
Bagi menjadikan turbo ini lebih tahan haba disebabkan ia dipasang terlalu dekat dengan enjin dan juga disuap dengan perongga ekzos yang pendek, ia direka dengan keupayaan untuk bertahan sehingga suhu 980 darjah Celcius tanpa masalah
Malah beberapa komponen juga diperkukuhkan seperti aci engkol untuk menahan boost turbo yang lebih tinggi, bebola besi pada aci engkol yang lebih kecil dan lancar digunakan serta kelegaan antara piston dan silinder ditambah untuk mengurangkan geseran.
Bagi menangani isu enapan karbon yang terbina dalam enjin, EA888 generasi ketiga juga menggunakan sistem suntikan bahan api berkembar iaitu suntikan bahan api terus dan juga EFI. Perubahan kecil yang dilakukan ini berjaya mengurangkan berat enjin sebanyak 7.7kg, menjadikannya lebih lancar dan lebih tahan lasak
Bagi tahun 2022, enjin EA888 dihasilkan dalam varian terbaru yang dinamakan sebagai Evo4 dan dipasang pada model Golf GTi 2022 dan Golf R 2022. Bagi varian GTi, ia menjana sehingga 241 kuasa kuda dan mampu memberikan purata bacaan sekitar 14.45km per liter
Bagi varian Golf R, enjin ini menjana sehingga 315 kuasa kuda dan memberikan purata bacaan bahan api sekitar 12.75km per liter. Nisbah mampatan bagi GTi adalah 9.6 manakala bagi R ia direndahkan kepada 9.3
Injap ekzos dan injap kemasukan bagi enjin EA888 Evo4 menawarkan ciri VVT-i. Tetapi bagi injap ekzos, enjin ini menawarkan ciri valve lift (atau bahasa mudah VTEC) dengan penggunaan camshaft 2 profail yang menawarkan respon turbo yang lebih bagus
Sistem VVT-i dan valve lift ini menjadikan sistem turbo beroperasi dengan masalah turbolag yang sangat minima, mencapai tork maksima pada RPM yang rendah tetapi pada masa sama menghasilkan karekteristik enjin yang sama seperti sebuah enjin NA. Makin diperah, makin tinggi kuasa yang dihasulkan
Enjin ini juga diberikan flap khas bagi menhasilkan kesan berpusar pada udara yang masuk, bagi memaksimakan penjimatan bahan api. Bagi menyingkirkan lagi haba, minyak pelincir yang sejuk turut disembur di bawah piston semasa operasi enjin.
Sesetengah pemilik melaporkan yang enjin ini boleh beroperasi sejauh 400,000km tanpa sebarang masalah