Artikel Pilihan

EASYTURN, SISTEM BARU DARI FIRMA ZF YANG MEMUDAHKAN PARKIR SISI.

Mencari ruang parkir di kawasan bandar ataupun di kawasan parkir sebenarnya sangat mencabar. Apatah lagi jika anda memandu sebuah SUV besar gedabak dan cuba memarkir kenderaan anda dengan parkir sisi. Pengenalan sistem kamera 360 darjah sedikit sebanyak membantu pemandu memarkir dengan mudah

Bagi kenderaan yang mahal, ia akan didatangkan dengan ciri parkir automatik dimana sistem komputer akan mengira ruang parkir, memasukkan input stering dengan pemandu hanya mengawal brek dan juga pedal minyak. Namun ia hanya terhad pada kereta mewah sahaja

Bagi menyelesaikan masalah ini, firma kejuruteraan dari Jerman iaitu ZF telah memperkenalkan satu teknologi baru yang memudahkan pemandu memarkir kenderaan anda secara sisi dengan mudah. Ia dilakukan tanpa perlu bergantung pada sistem sensor yang mahal dan juga sangat efektif dari segi kos.

Dikenali dengan nama sistem EasyTurn, sistem ini akan membenarkan tayar depan kereta untuk mengubah sudut tayar sehingga 80 darjah. Secara perbandingan, sistem stering yang digunakan olehkebanyakan kereta biasa hanya boleh diputar sehingga 35 darjah sahaja

Kaedah ini dibuat dengan menggunakan sambungan sistem suspensi yang dipasang secara berselari dengan tayar depan. Bagi kebanyakan kereta biasa, knuckle akan disambungkan terus ke lower control arm manakala tie rods end akan disambungkan kepada sistem stering melalui tie rod.

Bagi sistem EasyTurn, tie rod yang dignakan adalah lebih pendek dan disambungkan terus pada sambungan sistem suspensi dan dipasangkan dengan lower control arm dan seterusnya disambungkan kepada knuckle melalui rod penstabil

Kaedah yang diperkenalkan oleh ZF ini lebih mudah dan ringkas memudahkan tayar depan diputar pada sudut yang lebih tinggi pada mana-mana arah. Kaedah ini boleh dilaksanakan tanpa menggunakan kos tambahan yang akan menjadikan kereta mahal

Secara teori kaedah ini membenarkan EasyTurn digunakan pada kereta kompak yang dijual pada harga lebih murah. Apa yang pengeluar perlu lakukan ialah besarkan sedikit perumah tayar depan agay tayar boleh bergerak dengan mudah.

Tapi pada masa yang sama ia memerlukan jurutera merekabentuk semula ruangan ini yang biasa digunakan untuk menempatkan struktur penguat bagi membolehkan cesi bertahan dalam kemalangan. Apatah lagi bagi kenderaan enjin depan dan pacuan depan menjadikan jurutera sakit kepala sedikit.

Bagi unit prototaip, ZF berjaya memasang sistem EasyTurn ini pada BMW i3 yang dikuasakan oleh motor elektrik pacuan belakang. Video di bawah menunjukkan sistem EasyTurn diuji di dunia sebenar dan boleh diparkir dengan lebih mudah

Cuma anda akan nampak pelik sikit bila BMW i3 boleh memusingkan tayar depan dengan sangat ekstrim, terkangkang habis tayar depan tue.

Google ads
Back to top button