
RESTOMOD MANTAP CAMPER VAN MERCEDES-BENZ 0 319 TAHUN 1959
Zaman sekarang, bila sebut sahaja kenderaan untuk membawa ramai penumpang, SUV atau MPV pantas menjadi pilihan.
Tetapi, sekitar tahun 1050-an dan 1960-an, van menjadi kenderaan utama untuk tujuan tersebut. Walaupun van atau camper van masih dihasilkan sehingga sekarang oleh beberapa pengeluar, namun popularitinya kian pudar.
Namun, berbeza dengan model-model camper van lama. Jika Volkswagen berbangga dengan model Microbus atau Kombi, Mercedes-Benz turut mempunyai model yang tidak kurang hebatnya.
Sebelum model Marco Polo dan Sprinter, Mercedes-Benz pernah menghasilkan sebuah camper van yang diberi nama 0 319 pada tahun 1955.
0 319 yang sudah direstomod dengan begitu cantik ini bakal dilelong tidak lama lagi pada harga sekitar AS$175,000 (RM699,500) hingga AS$200,000 (RM799,450).
Jentera itu dipasang dengan tempat duduk dibalut kulit, sinki, dua sistem audio, katil, dan panel solar. Ia menggunakan khidmat enjin moden Mercedes-Benz yang dipadankan bersama kotak gear automatik dan overdrive Gear Vendor. Van itu juga menggunakan suspensi jenis air-ride.
Menurut penerangan daripada firma lelongan RMSothebys, 0 319 itu milik seorang jurutera komputer yang telah mengambil masa selama 15 tahun untuk melakukan kerja-krrja restomod.
GALERI